KONSEP KERAJAAN PERPADUAN BERTERASKAN ISLAM DARI SUDUT PANDANGAN SARJANA MUSLIM
Keywords:
Kerajaan Perpaduan Berteraskan Islam, Sarjana MuslimAbstract
Konsep kerajaan perpaduan merupakan suatu model kerajaan campuran yang dibentuk melalui perkongsian kuasa daripada pelbagai parti politik di negara-negara yang mengalami konflik seperti peperangan, krisis politik, krisis ekonomi dan krisis perpecahan dalam masyarakat Pelaksanaan ini dapat dilihat di negara-negara Eropah, Afrika dan Asia. Dalam kalangan negara-negara Muslim pula ia dilaksanakan di negara seperti Palestin, Sudan, Yaman dan Indonesia. Namun sehingga kini, kerajaan perpaduan yang dibentuk di negara-negara tersebut gagal menguruskan krisis dalaman dengan berkesan. Malakah berbentuk penerokaan ini cuba merungkai permasalahan yang timbul dengan menfokus kepada dua tujuan. Pertama, mengenal pasti isu-isu yang mengakibatkan kegagalan pelaksanaan kerajaan perpaduan di negara Muslim. Kedua, menganalisis pandangan Sarjana Muslim terhadap konsep kerajaan perpaduan berteraskan Islam. Data yang digunakan diperoleh daripada kajian perpustakaan yang dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian ini memberikan satu demensi baru dalam menyelesaikan kegagalan pelaksanaan kerajaan perpaduan di negara Muslim.