MEDIA SOSIAL SEBAGAI AGEN PENGUKUHAN PERPADUAN: ANALISIS KAJIAN LEPAS
SOCIAL MEDIA AS UNITY STRENGTHENING AGENT: i A LITERATURE REVIEW ANALYSIS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1042014Keywords:
Media Sosial (Social Media), Rukun Tetangga, Perpaduan Kaum (Ethnic Unity)Abstract
Media sosial muncul sebagai sebuah medium alternatif paling popular berbanding televisyen dan radio. Populariti tersebut telah menyebabkan media massa disalahguna oleh segelintir masyarakat sehingga boleh memberi impak kepada perpaduan dan keharmonian negara. Dari tragedi 13 Mei 1969 dan konfrontasi Malaysia-Indonesia, sejarah telah membuktikan bahawa media seperti radio, televisyen dan akhbar adalah penting dalam menyuntik doktrin perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat. Namun, apabila media sosial wujud dan digunakan secara meluas oleh masyarakat dunia, isu seperti melibatkan kematian Adib seorang pegawai Bomba, penghinaan terhadap institusi Diraja Malaysia dan ucapan berbaur kebencian muncul dan dimanipulasi dengan rancak oleh segelintir masyarakat. Analisis terhadap kajian lepas menunjukkan bahawa media sosial juga boleh digunakan bagi menyebarkan isu yang tidak tepat atau secara sengaja memutarbelit fakta mengenai agama, politik, dan etnik sehingga menggugat perpaduan antara etnik. Walaupun begitu, setiap lokaliti komuniti menunjukkan kehadiran Rukun Tetangga (RT). RT mempunyai fungsi yang jelas sebagai tonggak perpaduan komuniti. Namun, dengan adanya media sosial, bagaimana RT menggunakan medium tersebut bagi tujuan meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan dan kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat? Untuk itu, makalah ini menggunakan kaedah kualitatif dengan meneliti kajian lepas bagi memperlihatkan penggunaan media sosial dalam kalangan RT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan media sosial dalam kalangan RT adalah penting, bagaimanapun, di Sabah kajian lepas mengenai isu ini adalah terbatas. Untuk itu, pengkaji menggariskan strategi dan cabaran yang telah dikenalpasti dalam menggunakan media sosial dalam kalangan RT bagi tujuan perpaduan.
Social media has emerged as the most popular alternative medium compared to television and radio. This popularity has led to the misuse of mass media by specific segments of society to the point where it can impact national unity and harmony. From the tragedy of May 13, 1969, to the Malaysia-Indonesia confrontation, history has shown that media such as radio, television, and newspapers are vital in instilling the doctrine of unity and patriotism among the people. However, with the emergence and widespread use of social media globally, issues such as the death of firefighter Adib, insults towards the Malaysian Royal Institution, and hate speech have arisen and been actively manipulated by certain groups.Analysis of previous studies shows that social media can also spread inaccurate issues or deliberately distort facts related to religion, politics, and ethnicity, thereby threatening interethnic unity. Nevertheless, in every local community, the presence of Rukun Tetangga (RT) (Neighbourhood Watch) is evident. RT clearly functions as a pillar of community unity. However, with the existence of social media, how can RT utilize this medium to enhance and strengthen neighbourhood spirit, unity, economic well-being, and quality of life of the local community? To address this, the paper adopts a qualitative method by reviewing previous studies to explore the use of social media among RT. The findings show that the use of social media among RT is important; however, in Sabah, past studies on this issue are limited. Thus, the researchers outline strategies and challenges identified in using social media among RT to foster unity.
