PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

THE DEVELOPMENT OF MALAY ASSOCIATIONS IN FEDERATED MALAY STATES BEFORE THE SECOND WORLD WAR

Authors

  • Faezah Kassim Akademi Pengajian melayu, Universiti Malaya, Malaysia
  • Mohd Rahimi Ramli Pusat Sains Kemanusiaa, Universiti Malaysia Pahang, Malaysia
  • Noor Ain Mat Noor Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1042022

Keywords:

Persatuan Melayu (Malay Association), NNMB (FMS), Faktor (Factors), Cabaran (Challenges)

Abstract

Kajian ini adalah mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Tempoh antara tahun 1896, iaitu dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) hingga tahun 1941 didapati bentuk masyarakat majmuk semakin ketara dan membesar. Salah satu kegiatan penting dan signifikan yang dilakukan oleh masyarakat di NNMB adalah menubuhkan persatuan berasaskan kaum terutamanya dalam kalangan orang Cina. Ini memberi kesan kepada orang Melayu kerana timbul kesedaran untuk menubuhkan persatuan seumpamanya. Sehubungan itu, satu kajian bagi memahami perkembangan awal persatuan Melayu perlu dilakukan dengan mengenal pasti faktor penubuhan dan menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh persatuan orang Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kualitatif bertema (thematic qualitative analysis) bagi meneliti perkembangan persatuan Melayu secara mendalam. Penelitian adalah berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder. Sumber primer terdiri dari dokumen rasmi, surat rasmi dan akhbar. Sumber sekunder adalah dari buku dan jurnal. Kajian ini mendapati bahawa faktor pendidikan, peranan akhbar, agama Islam dan tindakan pemerintah Inggeris telah menggerakkan dan mendorong orang Melayu menubuhkan persatuan. Walaupun orang Melayu merupakan penduduk asal namun mereka tetap berhadapan dengan cabaran dalam berpersatuan, iaitu sikap orang Melayu yang terdiri daripada golongan elit Melayu tidak mahu menunjukkan penentangan mereka terhadap pemerintah. Perpecahan dalam kalangan orang Melayu juga memberi kesan kepada penyatuan antaranya ialah sikap kenegerian, perbezaan aliran pendidikan dan darah keturunan. Terdapat juga orang Melayu yang masih tidak menyedari perlunya untuk menjaga kepentingan kaum mereka kerana dikatakan terlalu gemar berhibur dan berseronok. Kajian mengenai perkembangan persatuan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua adalah penting untuk mengenal pasti  asas sebenar kebangkitan nasionalisme dan pembinaan identiti bangsa di Tanah Melayu.

This study examines the development of Malay associations before the Second World War. The period between 1896, marked by the formation of the Federated Malay States (FMS), and 1941 saw an increasingly evident and expanding plural society. One of the most significant activities among the communities in the FMS was the establishment of ethnic-based associations, particularly among the Chinese. This, in turn, influenced the Malays to develop a similar awareness and motivation to form their own associations. Accordingly, this research seeks to understand the early development of Malay associations by identifying the factors behind their establishment and explaining the challenges they faced. The study employs a qualitative thematic analysis approach based on both primary and secondary sources. Primary sources include official documents, correspondence, and newspapers, while secondary sources consist of books and academic journals. The study finds that education, the role of the press, Islam, and British colonial policies were among the main driving forces that encouraged Malays to establish associations. Although the Malays were the indigenous population, they nevertheless faced challenges in organizing themselves, notably the reluctance of the Malay elite to show open resistance to the colonial government. Internal division among the Malays, such as parochial loyalty, differences in education, and lineage distinctions, further hindered unity. Some Malays were also unaware of the need to safeguard their communal interests, as they were said to be overly fond of leisure and entertainment. Research on the development of Malay associations before the Second World War is crucial in identifying the fundamental basis of Malay nationalism and the formation of national identity in British Malaya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

29-12-2025

How to Cite

Kassim, F., Ramli, M. R., & Mat Noor, N. A. (2025). PERKEMBANGAN PERSATUAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA: THE DEVELOPMENT OF MALAY ASSOCIATIONS IN FEDERATED MALAY STATES BEFORE THE SECOND WORLD WAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 10(42), 317–332. https://doi.org/10.35631/IJLGC.1042022