DUN TERENGGANU TANPA PEMBANGKANG: SATU TINJAUAN ANALISIS MEDIA
TERENGGANU STATE ASSEMBLY WITHOUT OPPOSITION: A SURVEY OF MEDIA ANALYSIS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1143033Keywords:
Dewan Undangan Negeri (State Legislative Assembly), Pilihanraya Negeri (PRN) (State Election), Pilihanraya Umum (PRU) (General Election), Semak dan Imbang (Check and Balance)Abstract
Artikel ini membincangkan polemik berkaitan keberkesanan perbahasan DUN Terengganu tanpa pembangkang. Dapatan daripada kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa analisis daripada tajuk berita terpilih sepanjang tahun 2023. PRU 2022 dan PRN 2023 melakarkan sejarah baharu dalam politik Terengganu. PAS bukan sahaja berjaya memenangi semua lapan kerusi parlimen malahan turut berjaya menewaskan gabungan BN-PH dalam PRN 2023 dengan memperolehi 32 kerusi sekaligus menjadikan Terengganu sebagai satu-satunya negeri tanpa pembangkang. Berdasarkan keputusan PRN tersebut, pelbagai polemik timbul dan menjadi tajuk-tajuk berita berkaitan amalan demokrasi yang dikatakan terhenti di DUN Terengganu. Selain daripada polemik, dapatan kajian ini turut membincangkan cadangan dan penyelesaian yang dianalisis berdasarkan tajuk-tajuk berita terpilih. Berdasarkan analisis, praktis demokrasi di DUN Terengganu sebenarnya berlangsung seperti biasa. Dalam politik moden, pelbagai pendekatan boleh dilakukan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan. Selain daripada peranan backbencher, rakyat sendiri mampu memainkan peranan secara berkesan dan mengawal segala dasar, perancangan dan perkembangan projek yang dilakukan oleh Kerajaan Terengganu. Pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1999 oleh Hadi Awang selaku Menteri Besar ketika itu membuktikan keterbukaan Kerajaan Terengganu menerima teguran dan pandangan alternatif daripada ADUN Lantikan. ADUN Lantikan boleh dilantik maksimun empat orang yang terdiri daripada wanita dan juga wakil bukan Islam. Justeru, Fasal yang termaktub dalam Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu juga wajar diperluaskan kepada wakil pembangkang untuk dipilih sebagai ADUN Lantikan tanpa melalui proses pilihanraya. Hal ini bagi membolehkan wakil daripada parti pembangkang sekurang-kurang mampu terlibat dalam perbahasan di DUN.
This article discusses the polemic related to the effectiveness of the Terengganu State Assembly debate without opposition. The findings from this study were based on several analyses from selected news headlines throughout 2023. The 2022 General Election and the 2023 General Election have made a new history in Terengganu politics. PAS not only managed to win all eight parliamentary seats but also managed to defeat the BN-PH coalition in the 2023 election by winning 32 seats, thus making Terengganu the only state without an opposition. Based on the results of the election, various polemics arose and became news headlines related to the practice of democracy which is said to have stopped in the Terengganu State Assembly. Apart from polemics, the findings of this study also discuss proposals and solutions analysed based on selected news headlines. Based on the analysis, the practice of democracy in the Terengganu State Assembly goes on as usual. In modern politics, various approaches can be taken as a check and balance mechanism to the government. Apart from the role of the backbencher, the people themselves can play an effective role and control all policies, planning and project development carried out by the Terengganu Government. The amendment to the Terengganu State Government Body Law in 1999 by Hadi Awang as Chief Minister proved the Terengganu Government's openness to accept alternative views from the Appointed Assemblymen. Appointed Assemblymen can be appointed a maximum of four people consisting of women and non-Muslim representatives. Therefore, the clause enshrined in the Terengganu State Government Law should also be extended to opposition representatives to be elected as Appointed Assemblymen without going through an election process. This is to enable representatives from opposition parties to at least be able to participate in debates in the state assembly.
Downloads
References
Abdullah, A., Ku Halim, K. H., & Abdullah, N. (2025). Pembingkaian media terhadap Dewan Undangan Negeri tanpa pembangkang: Analisis kes Terengganu pasca PRN 2023. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 41(1), 1–18.
Abdullah, I., Ku Halim, K. H., & Abdullah, S. (2025). DUN Terengganu tanpa pembangkang: Satu tinjauan analisis media. Journal of Human Development and Communication, 14, 1–15.
Abdullah, Y. (2023). DUN Tanpa Pembangkang Tidak Sihat. Utusan Malaysia.
Adlan, M. A. (2023). PRN: Tiada Pembangkang Di Terengganu. Kosmo.
Ahmad Samsuri. (2023, October 4). Semak dan imbang DUN Terengganu sudah mencukupi (Kosmo Online).
Ationg, R., Esa, M. S., Ibrahim, M. A., & Othman, I. W. (2021). Media, pembingkaian politik dan pembentukan persepsi awam dalam demokrasi Malaysia. Jurnal Kinabalu, 27, 1–20.
Ationg, R., Esa, M. S., Ibrahim, M. A., & Othman, I. W. (2022). Demokrasi, pilihan raya dan peranan media di Malaysia: Analisis kritikal terhadap pembingkaian wacana politik. Jurnal Komunikasi Borneo, 10(2), 45–62.
Ationg, R., Esa, M., Ibrahim, M. & Muis, A.M.R.A (2020). Menyingkap Polemik Peralihan Kuasa Secara Luar Biasa Mengikut Perspektif Demokrasi Berparlimen. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 43 - 53.
Awang Besar, J., Mohd Fuad, M. J., & Rosmadi, F. (2023). Pola sokongan politik dan geopolitik pilihan raya di Terengganu. Jurnal Geografia, 19(3), 88–103.
Awang Besar, J., Othman, Z., Lyndon, N., & Abdul Halim, A. H. (2023). Pilihanraya Umum (PRU) Negeri Di Malaysia 2023: Satu Analisis Geografikal Dan Sosiologikal. International Journal of Law, Government Communication (IJLGC), vol. 8 (34).
Awang Besar, J., Zaini, N., Novel, S. H., & Abdul Halim, A. H. (2023). Kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Negeri 2023: Analisis Kemenangan dan Faktor Sosial Politik. Wacana Politik, 27(1), 45-63.
Creswell, J. W., & Poth, C. N. (2018). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (4th ed.). SAGE Publications.
Esa, M.S. (2012). Malaysia dan Alam Sekeliling. Kuala Lumpur: Freemind Horizon.
Esa, M.S. (2020). Biografi Tun Razak: Bapa Pembangunan Negara. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.
Esa, M.S., Sansalu, D. & Tamring, B.A. (2011). Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Puchong: Penerbitan Multimedia.
Faris Akmal, M., Wan Rohila, G., & Che Hamdan, C. M. (2024). Dominasi politik PAS di Terengganu dan cabaran kelangsungan pembangkang. Jurnal Wacana Politik, 9(1), 67–84.
Faris Akmal, M., Wan Rohila, W., & Che Hamdan, H. (2024). Keputusan Pilihan Raya dan Pola Sokongan Pengundi di Terengganu: Perubahan Sosial dan Politik. Jurnal Politik Malaysia, 39(2), 102-118.
Faris Akmal, M., Wan Rohila, W., & Che Hamdan, H. (2024). Pola pengundian dan dominasi PAS di Terengganu pasca PRU ke-15. Jurnal Politik Malaysia, 39(2), 85–104.
Faris Akmal, Wan Rohila Ganti & Che Hamdan. (2024). Aktivisme Politik Berintensiti Tinggi: Kajian Kes PAS Terengganu Pada PRU15. Asian People Journal, vol. 7 (2). Universiti Sultan Zainal Abidin: Penerbit UniSZA.
Hassan, M. S., & Jalil, F. (2024). Pemantauan bebas terhadap dasar kerajaan: Peranan NGO dan pakar. Jurnal Kebebasan dan Demokrasi, 15(3), 55–70.
Hassan, M. S. & Jalil, F. (2024). Perkembangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. Pemantapan & Cabaran. Wisma Darul Iman, Terengganu.
IDEAS, 2023. Lupakan Perpecahan Dan Kembali Tumpu Mentadbir Negara. Institute for Democracy and Economic Affairs.
Joloning Joe Majambu, Romzi Ationg, Saifulazry Mokhtar, & Mohd Azri Ibrahim. (2025a). Naratif Politik Pembangunan Di Sabah, Malaysia: Antara Harapan Dan Realiti: Politics of Development Narrative in Sabah: Expectation and Reality. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 10(40).
Joloning Majambu, Romzi Ationg, Saifulazry Mokhtar, Azizan Had, & Jelani Hamdan. 2025b. The Sino-Native Impacts on the Development of Identity Politics in Sabah, Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 15(10), 1350-1398.
Kosmo Online. (2023). Tiada pembangkang bukan bermakna tiada semak dan imbang.
Krippendorff, K. (2019). Content analysis: An introduction to its methodology (4th ed.). SAGE Publications.
Malaysiakini. (2023). PAS pertahan DUN Terengganu tanpa pembangkang.
Malaysiakini. (2023). Terengganu tiada pembangkang: Rakyat boleh kritik kerajaan, kata Hadi. August 13.
Mayudin, G. (2008). Politik Malaysia. Perspektif Teori Dan Praktik. Bangi: Penerbit UKM.
McNair, B. (2018). An introduction to political communication (6th ed.). London: Routledge.
Mohd Said, S. (2023). Dewan Legislatif Tidak Boleh Dibiar Tanpa Pembangkang. Bernama.
Neuman, W. L. (2014). Social research methods: Qualitative and quantitative approaches (7th ed.). Pearson Education.
Sahari, Z. (2023). Ketiadaan pembangkang di DUN Terengganu: Satu analisis semak dan imbang dalam pentadbiran. Wacana Politik, 28(1), 33–47.
Sinar Harian. (2023). DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang. October 1.
Sinar Harian. (2023). DUN Terengganu tanpa pembangkang: Apa implikasinya?
Strömbäck, J. (2008). Four phases of mediatization: An analysis of the mediatization of politics. The International Journal of Press/Politics, 13(3), 228–246.
The Sun. (2023). Concerns over lack of opposition in Terengganu state assembly.
The Sun. (2023, October). Terengganu assembly sits without opposition.
Utusan Malaysia. (2023). Kerajaan Terengganu jamin semak dan imbang kekal berfungsi.
Utusan Malaysia. (2023). Rakyat berperanan sebagai semak dan imbang kerajaan negeri.
Yatim, H. (2023). Tiada Pembangkang: Sultan Terengganu Saran Cari Model Pentadbiran Terbaik. Sinar Harian.
Zolkiply, Z. I, Harun, N, & Razak, F. A. (2023). Kemenangan PAS dalam PRU 2022 dan PRN 2023: Analisis Politik Terengganu. Jurnal Perbincangan Sosial & Politik, 18(2), 150-163.
Zolkiply, Z. I, Harun, N, & Razak, F. A. (2023). Sejarah Tercipta Di Terengganu, Tiada Pembangkang Dalam Kerajaan Negeri. Harian Metro.
