ANALISIS ASPEK KOMUNIKASI DALAM PANTUN-PANTUN MELAYU
ANALISIS ASPEK KOMUNIKASI DALAM PANTUN-PANTUN MELAYU
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJLGC.1144021Keywords:
Pantun Melayu (Malay Pantun), Komunikasi Budaya (Traditional Communication), Teori Face-Negotiation (Face-Negotiation Theory), Ting-Toomey, Analisis Kandungan (Content Analysis), Komunikasi Tidak Langsung (Intercultural Communication), Keharmonian Sosial (Social Harmony)Abstract
Pantun Melayu merupakan medium komunikasi tradisional yang berperanan penting dalam menyampaikan mesej sosial, nilai budaya dan kebijaksanaan masyarakat Melayu secara tersirat dan beradab. Kajian ini bertujuan menganalisis aspek komunikasi dalam pantun-pantun Melayu dengan memberi tumpuan kepada pengurusan muka (face) dan strategi rundingan makna sebagaimana yang dihuraikan dalam Teori Face-Negotiation oleh Ting-Toomey. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap pantun-pantun Melayu terpilih yang diperoleh daripada sumber bertulis dan dokumentasi tradisional. Analisis dijalankan dengan mengenal pasti tema, simbol dan bentuk ungkapan bahasa yang mencerminkan strategi menjaga keharmonian sosial, pengelakan konflik serta pemeliharaan maruah diri dan kelompok dalam komunikasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pantun Melayu mengaplikasikan pelbagai strategi pengurusan muka, termasuk komunikasi tidak langsung, bahasa kiasan, sindiran halus dan penggunaan pembayang alam sebagai mekanisme mengurangkan ancaman terhadap muka penerima yang terdapat dalam 15 artikel yang telah diterbitkan di dalam e Prosiding SILiN 2.0 menggunakan metod kualitatif iaitu analisis kandungan. Pantun turut berfungsi sebagai alat rundingan sosial yang membolehkan penyampaian nasihat, teguran dan kritikan dilakukan tanpa menjejaskan hubungan interpersonal. Kajian ini meneroka signifikan bahawa pantun Melayu bukan sekadar karya sastera tradisional, malah merupakan satu komunikasi budaya yang kompleks dan sejajar dengan prinsip Teori Face-Negotiation, sekali gus menyumbang kepada pemerkasaan wacana komunikasi antara budaya dan kesusasteraan Melayu.
Malay pantun is a traditional form of communication that plays a significant role in conveying social messages, cultural values, and the wisdom of the Malay community through implicit, courteous, and culturally refined expressions. This study aims to analyse the communication aspects embedded in Malay pantun by focusing on face management and meaning negotiation strategies as conceptualised in Ting-Toomey's Face-Negotiation Theory. A qualitative research approach was employed using content analysis to examine selected Malay pantun obtained from written sources and traditional documentary materials. The analysis involved identifying themes, symbols, and linguistic expressions that reflect strategies for maintaining social harmony, avoiding conflict, and preserving individual and collective dignity in communication. The findings reveal that Malay pantun employs various face management strategies, including indirect communication, figurative language, subtle satire, and the use of natural imagery as metaphorical preambles to minimise threats to the recipient's face. These strategies were identified through the qualitative content analysis of 15 articles published in the SILiN 2.0 e-Proceedings. Furthermore, Malay pantun functions as a medium of social negotiation, enabling advice, admonition, and criticism to be communicated without jeopardising interpersonal relationships. The study highlights that Malay pantun is not merely a form of traditional literary expression but also represents a sophisticated system of cultural communication that aligns closely with the principles of Face-Negotiation Theory. Consequently, it contributes to enriching scholarly discourse in intercultural communication while strengthening the interdisciplinary relationship between communication studies and Malay literary scholarship.
Downloads
References
Aristotle. (2007). On rhetoric: A theory of civic discourse (G. A. Kennedy, Trans.). Oxford University Press. (Original work published ca. 4th century BCE)
Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Carey, J. W. (2009). Communication as culture: Essays on media and society (Rev. ed.). Routledge.
Grice, H. P. (1975). Logic and conversation. In P. Cole & J. L. Morgan (Eds.), Syntax and semantics (Vol. 3, Speech acts, pp. 41–58). Academic Press.
Hall, S. (1997). Representation: Cultural representations and signifying practices. Sage Publications.
Harun Mat Piah. (2003). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hymes, D. (1974). Foundations in sociolinguistics: An ethnographic approach. University of Pennsylvania Press.
Isa, S. F. M., Baharum, H., & Mohd, F. H. (Eds.). (2025). E-Prosiding Seminar Internasional Literatur Nusantara Keempat (SILiN 4.0): Pantun – Akar Peradaban Melayu. Persatuan Penulis Budiman Malaysia. eProsiding SILiN 2.0 Pages i-v (1).pdf
Lasswell, H. D. (1948). The structure and function of communication in society. In L. Bryson (Ed.), The communication of ideas (pp. 37–51). Harper & Brothers.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan akal budi Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan pragmatik bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Persuratan Melayu: Tradisi dan warisan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Samsudin A. Rahim. (2013). Komunikasi dan budaya Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Samsudin A. Rahim. (2013). Komunikasi dan masyarakat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ting-Toomey, S. (1988). Intercultural conflict styles: A face-negotiation theory. In Y. Y. Kim & W. B. Gudykunst (Eds.), Theories in intercultural communication (pp. 213–235). Sage Publications.
Ting-Toomey, S., & Oetzel, J. G. (2001). Managing intercultural conflict effectively. Sage Publications.
Zainal Kling. (2011). Pantun Melayu sebagai cerminan pemikiran dan budaya Melayu. In
Zainal Kling. (2011). Pantun sebagai wahana pemikiran Melayu. In Wacana budaya Melayu (pp. 85–102). Dewan Bahasa dan Pustaka.
