METODOLOGI PEMBANGUNAN MODEL PATUH SYARIAH RAWATAN SAKA

METHODOLOGY FOR DEVELOPING A SHARIAH-COMPLIANT MODEL FOR SAKA TREATMENT

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1145025

Keywords:

Model Patuh Syariah (Shariah-Compliant Model), Rawatan Saka (Saka Treatment), Perubatan Tradisional Melayu (Malay Traditional Medicine), Ruqyah Syar‘Iyyah, Akidah, Fiqh

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan Model Patuh Syariah bagi rawatan saka dalam perubatan tradisional Melayu di Malaysia. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk pembangunan model dan kajian kes pelbagai bagi memahami amalan rawatan saka serta menilai keselarasan amalan tersebut dengan prinsip Syariah. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian lapangan dan analisis dokumen melibatkan pengamal rawatan tradisional, pesakit dan pakar Syariah. Data dianalisis menggunakan analisis tematik melalui proses pengekodan, pengelompokan kategori dan pembentukan tema utama. Seterusnya, analisis normatif hukum Islam dilaksanakan dengan merujuk kepada al-Quran, al-Sunnah, pandangan ulama dan garis panduan ruqyah syar‘iyyah bagi menilai aspek akidah dan fiqh dalam amalan rawatan saka. Hasil kajian mendapati terdapat amalan yang selaras dengan Syariah, amalan yang memerlukan penyesuaian serta amalan yang bercanggah dengan prinsip tauhid dan hukum Islam. Berdasarkan dapatan tersebut, satu model konseptual rawatan saka patuh syariah dibangunkan yang merangkumi elemen akidah, prinsip rawatan dibenarkan, garis larangan dan prosedur operasi standard (SOP) pengamal. Model ini turut melalui proses pengesahan pakar dan penilaian kebolehgunaan bagi memastikan kesahan, kebolehpercayaan dan kesesuaiannya dalam konteks rawatan tradisional Melayu masa kini. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pengamal rawatan tradisional Melayu agar amalan rawatan saka dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dan selaras dengan tuntutan Syariah.

This study aims to develop a Shariah-Compliant Model for saka treatment within the context of Malay traditional medicine in Malaysia. A qualitative approach was employed using a model development design and multiple case study methodology to understand saka treatment practices and evaluate their compliance with Shariah principles. Data were collected through semi-structured interviews, field observations, and document analysis involving traditional practitioners, patients, and Shariah experts. The data were analysed using thematic analysis through coding, category classification, and theme development. Subsequently, a normative Islamic legal analysis was conducted by referring to the Quran, Sunnah, scholarly views, and ruqyah syar‘iyyah guidelines to evaluate the aqidah and fiqh aspects of saka treatment practices. The findings revealed that certain practices comply with Shariah principles, some require modification, while others contradict the principles of tawhid and Islamic law. Based on these findings, a conceptual Shariah-compliant saka treatment model was developed encompassing aqidah elements, permissible treatment principles, prohibited practices, and standard operating procedures (SOPs) for practitioners. The model further underwent expert validation and usability evaluation to ensure its validity, reliability, and suitability within the contemporary context of Malay traditional medicine. This study is expected to serve as a guideline for traditional Malay practitioners in ensuring that saka treatment practices are implemented systematically and in accordance with Shariah requirements.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Majid, M., Rahman, A. H. A., Usman, A. H., Ismail, Z., & Syariah, I. A. R. M. A. (2024). Aplikasi teknik kumpulan nominal ubahsuai terhadap penilaian kebolehgunaan model pembangunan jati diri remaja delinkuen di Malaysia menurut perspektif Islam. Islamiyyat, 46(1), 133-142.

Abd Muin, M. A., Omar, A. C., & Abdullah, S. (2018). Pembentukan Model Amalan Keusahawanan Sosial Islam dalam kalangan Usahawan Sosial Berjaya Muslim. Jurnal Pembangunan Sosial, 21, 1-16.Jasmi, K. A. (2012, March 28–29). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif. In Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Abdul Muqsith, A. (2018). Pembangunan model ENi berasaskan aktiviti inkuiri bagi program latihan kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia/Abdul Muqsith Ahmad.

Beram, S., Awang, M., & Ismail, R. (2020). Pembangunan model kompetensi pemimpin pertengahan: Satu kajian reka bentuk dan pembangunan. Journal of Educational Research & Indegenous Studies Journal, 2(1), 1-11.

Gandi, T. R., Che Rus, M. R., & Mohamed, S. (2021). Pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) dalam pembangunan model pemikiran inventif pelajar mata pelajaran Reka Cipta. Journal of Educational Research and Indigenous Studies, 3(1), 2021.

Hanif, N. A., Mustafa, M. C., & Yusof, H. (2020). Kebolehgunaan model pengurusan bilik darjah prasekolah berasaskan empat dimensi pengurusan bilik darjah [The usability of preschool classroom management model based on four dimensions of classroom management]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 90-98.

Hasbullah, H. W. A. H. (2012). Penyakit saka sebagai culture-bound syndromes (cbs) dalam masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia: kepelbagaian rawatan alternatif. Sosiohumanika, 5(1).

Hashim, N. H., Sani, H. M., Ismail, I. S., Shaari, S., Jilon, M., Sharif, A., ... & Bibi, J. (2023). Pembangunan Model Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan Gaya Institut Aminuddin Baki. Asian Pendidikan, 3(2), 55-64.

Najaa'Mokhtar, A., Sidek, J. H., Mahyuddin, M. K., Zumrah, A. R., Ismail, M., Sabran, R., & Ghazali, M. R. (2018). Fenomena kepercayaan dan amalan masyarakat dalam perubatan Islam di Malaysia. Jurnal Ushuluddin Adab dan Dakwah, 1(2), 155-175.

Nugroho, S. S., Haryani, A. T., & Farkhani, F. (2020). Metodologi riset hukum. Surakarta: Oase Pustaka.

Sukmawati, A., Maarif, M. S., Mudikdjo, K., Hardjomidjojo, H., & Indrasti, N. S. (2008). Pembentukan Model Penciptaan Pengetahuan (Knowledge Creation) dalam Mendorong Inovasi pada Koperasi Susu di Indonesia: Suatu Studi Konfirmatori. Tropical Animal Science Journal, 31(3).

Susiani, D. (2024). Metodologi Penelitian Hukum. Penerbit Tahta Media.

Yaakub, M. Y., Hamzah, M. I. M., & Nor, M. Y. M. (2020). Pengesahan instrumen soal selidik kepimpinan distributif menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(2), 58-70.

Yusof @ Salleh, M. Y., Zainal Abidin, M. Z. H., Mohd Mashuti, K. A. S., Roslan, N. A., Mohd Sidik, A. L. A., & Muhammad Salim, M. A. F. (2025). Kaedah rawatan saka dalam perubatan tradisional Melayu. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 10(75), 352–367.https://doi.org/10.55573/JISED.107530

Yusri, (2023). Analisis Unsur Kearifan Tempatan Dalam Adat Kematian Masyarakat Melayu dari Perspektif Hukum Islam, [Tesis doktor falsafah tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.

Downloads

Published

20-09-2026

How to Cite

Rosli, M. H., Salleh, M. Y. Y., Razak, M. I. A., & Abidin, M. Z. H. Z. (2026). METODOLOGI PEMBANGUNAN MODEL PATUH SYARIAH RAWATAN SAKA: METHODOLOGY FOR DEVELOPING A SHARIAH-COMPLIANT MODEL FOR SAKA TREATMENT. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 11(45), 393–404. https://doi.org/10.35631/IJLGC.1145025