ASAS KOMUNIKASI ISLAM DALAM MENANGANI KRISIS DAN PADANANNYA DALAM PERIBAHASA MELAYU

PRINCIPLES OF ISLAMIC COMMUNICATION IN CRISIS MANAGEMENT AND THEIR EQUIVALENTS IN MALAY PROVERBS

Authors

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJLGC.1145032

Keywords:

Asas Komunikasi Islam (Principles of Islamic Communication), Kearifan Tempatan (Local Wisdom), Menangani Krisis (Crisis Management), Peribahasa Melayu (Malay Proverbs)

Abstract

Komunikasi merupakan instrumen kritikal dalam pengurusan krisis, sama ada pada peringkat individu, masyarakat mahupun organisasi. Dalam acuan kontemporari, kegagalan mengurus maklumat secara berhemah ketika krisis sering kali mencetuskan konflik yang lebih parah.  Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti asas komunikasi Islam dalam menangani krisis dan padanannya dalam peribahasa Melayu. Komunikasi dalam Islam menekankan penggunaan bahasa yang baik dan perkataan yang mulia dalam setiap interaksi. Prinsip-prinsip asas komunikasi Islam merangkumi berdialog dengan cara yang baik, menggunakan hikmah dan nasihat yang berkesan serta bercakap benar dengan nada yang lemah lembut. Komunikasi yang harmoni mengelakkan kata-kata cacian, keji dan perkara yang batil serta menolak pertentangan demi kepentingan peribadi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti asas komunikasi Islam dan padanannya dalam peribahasa bahasa Melayu bagi menangani krisis. Hasil kajian menunjukkan terdapat 6 asas utama komunikasi Islam dalam mensejahterakan krisis iaitu Qaulān Sadīda, Qaulān Balīgha, Qaulān Ma’rūfa, Qaulān Karīma, Qaulān Layyina dan Qaulān Maisūra. Setiap asas komunikasi tersebut dipadankan dengan peribahasa Bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa nilai dan makna yang terkandung dalam setiap asas komunikasi Islam sejajar dengan kearifan tempatan yang digambarkan melalui peribahasa. Keenam-enam asas utama dalam komunikasi Islam ini berkait rapat dengan nilai budaya Melayu yang terkandung dalam peribahasa. Kedua-duanya menekankan kebaikan, adab, keberkesanan dan kesantunan dalam bertutur yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan sosial dan mengelakkan perselisihan. Peribahasa Melayu menjadi cerminan nilai-nilai tersebut dalam konteks tradisional dan budaya tempatan. 

Communication is a critical instrument in crisis management, whether at the individual, societal, or organizational level. In a contemporary context, the failure to manage information prudently during a crisis often triggers more severe conflicts. This study aims to identify the fundamental principles of Islamic communication in handling crises and their counterparts in Malay proverbs. Communication in Islam emphasizes the use of good language and noble words in every interaction. The core principles of Islamic communication encompass engaging in dialogue graciously, employing wisdom and effective counsel, and speaking the truth in a gentle tone. Harmonious communication avoids insulting language, vile words, and falsehood, while rejecting confrontations driven by personal interest. The objective of this study is to identify the principles of Islamic communication, and their Malay proverb equivalents in addressing crises. The findings indicate six primary principles of Islamic communication in fostering crisis resolution, namely Qaulān Sadīda, Qaulān Balīgha, Qaulān Ma‘rūfa, Qaulān Karīma, Qaulān Layyina, and Qaulān Maysūra. Each of these communication principles is paired with a corresponding Malay proverb. This proves that the values and meanings embedded within each Islamic communication principle align with the local wisdom expressed through these proverbs. All six main principles in Islamic communication are closely linked to Malay cultural values reflected in proverbs. Both emphasize goodness, etiquette, effectiveness, and politeness in speech, aiming to strengthen social relationships and prevent disputes. Malay proverbs serve as a reflection of these values within the traditional and local cultural context.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abidin, M. Z. Z., & Ibrahim, M. S. (2023). Komunikasi Strategik dalam Pengurusan Krisis Kepimpinan Organisasi. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 25(2), 35–50.

Aini, N. (2022). Analysis Of The Qaulan Concept In The Qur'an As A Communication Model for Educators and Learners. International Journal of Islamic Khazanah, 4(1), 17-26. https://doi.org/10.15575/ijik.v12i1.1661.

Azarudin Awang, Che Zuina Ismail & Rubiah Abu Bakar. (2021). Citra dan Cabaran Peribahasa Melayu dalam Melestarikan Etos dan Peradaban Bangsa. Borneo Akademika Volume 5 (2) December 2021, 110-121.

Aziz, A. (2022). Kepentingan Berbahasa Dalam Komunikasi Dakwah : Adakah Relevan Pada Generasi Era Baharu? ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/362136259

Helmi Akhtar & Ilhaamie Abdul Ghani Azmi. 2017. Komunikasi Kepimpinan Berkesan. Jurnal Syariah, Jil. 25, Bil. 3 (2017) 531-562.

Ismail Hamad. 2012. Komunikasi Pendekatan Islam. Melaka: Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Melaka.

Ismail, S. & Osmani, A. S. (2024). Analisis Strategi Dakwah Kontemporari di Malaysia. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(7), 55– 67.

Mohd Kiram, Norazlina and Aminuddin, Zarien Nurlieyana. (2024). Pengantarabangsaan Peribahasa Melayu Melalui Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM). Jurnal Pertanika MAHAWANGSA, 11 (2). pp. 97-112. ISSN 2805-5691

Mokhtar, S., Hajimin, M. N. H. H., Muis, A. M. R. A., Othman, I. W., Esa, M. S., Ationg, R., & Lukin, S. A. (2021). Analisis Prinsip-Prinsip Komunikasi Islam Dalam Kitab Al-Quran. International Journal of Law, Government and Communication, 6 (23), 140-156. https://doi.org/10.35631/IJLGC.6230010.

Muhamad Amar Mahmad, Mohd Akram Dato’ Dahaman@ Dahlan, & Kamarudin Ahmad. 2018. Pendekatan Asas Dalam Komunikasi Dakwah Menurut Perspektif Islam. International Conference on Islam and Global Issues (iCIGI2018), 63.

Muhammad Daud. (2019, April 11). Peribahasa Alat Komunikasi Berlapik. Sinar Harian. Capaian pada 22 Mei 2026 dari https://www.sinarharian.com.my/article/22911/peribahasa-alat-komunikasi-berlapik

Nasir Tamara, Buntaran Sanusi & Vincent Djauhari. (1983). Hamka di Mata Hati Umat. Indonesia: Sinar Harapan.

Nizar, S. (2012). Prof. Dr. Hamka: Dinamika Sosial, Intelektual & Pemikirannya Tentang Pendidikan Islam. Shah Alam: Pustaka Dini

Nopiah, J., & Amran, A. (2025). Konsep Islam dalam Pemikiran Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. PENDETA, 16(2), 70-92. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.7.2025.

Shaiful Bahri Md. Radzi. 2019. Kebitaraan Peribahasa Melayu dalam Komunikasi. Akademika 89 (Isu Khas/Special Issue), 2019: 139-149. https://doi.org/10.17576/akad-2019-89SI-12.

Subet, M. F., & Md Nasir, M. R. (2019). Analisis Semantik Inkuisitif Peribahasa Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16 (2), 227-253.

Wahab, Hairul Nisma. (2023). Meneroka Kearifan Tempatan Dalam Peribahasa Melayu Dan Sepanyol. Seminar Antarabangsa Madani Ke-5, 1 - 2 October 2023.

Zikmal Fuad, Ahmad ‘Ato’a Mokhtar. (2014). Pendekatan Bahasa dalam Dakwah: Satu Sorotan Ringkas. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. https://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2014/12/045

Downloads

Published

21-09-2026

How to Cite

Samsir, S. Q. M. (2026). ASAS KOMUNIKASI ISLAM DALAM MENANGANI KRISIS DAN PADANANNYA DALAM PERIBAHASA MELAYU: PRINCIPLES OF ISLAMIC COMMUNICATION IN CRISIS MANAGEMENT AND THEIR EQUIVALENTS IN MALAY PROVERBS. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 11(45), 499–509. https://doi.org/10.35631/IJLGC.1145032