PENGARUH BIDANG EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT) DALAM KALANGANPELAJAR SEKOLAH MENENGAH LELAKI DI JOHOR BAHRU
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pengaruh bidang Ekonomi RumahTangga (ERT) dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah lelaki di Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada tiga objektif kajian iaitu tahap minat pelajar, tahap pengetahuan pelajar, dan faktor dorongan pelajar dalam penglibatan dalam program ERT. Sejumlah 155 pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dari Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi 4 bahagian bagi menjawab semua objektif kajian ini. Hasil dapatan kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science Social (SPSS) versi 28.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan minat para pelajar lelaki Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru terhadap bidang ERT berada pada tahap yang tinggi. Faktor dorongan penglibatan pelajar lelaki dalam bidang ERT juga menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya mencatatkan min yang paling tinggi dan pengaruh ibu bapa menunjukkan bilangan min yang paling rendah. Pengkaji berharap hasil dapatan kajian ini dapat digunakan untuk mempertingkatkan lagi penglibatan pelajar lelaki dalam bidang ERT kelak. Pada akhir kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan untuk pihak lain melakukan kajian lanjutan pada masa akan datang.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Siti Saidatul Asma Zulkafli, Mohamad Izzuan Mohd Ishar, & Naldo Janius. (2024). PENGARUH BIDANG EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT) DALAM KALANGANPELAJAR SEKOLAH MENENGAH LELAKI DI JOHOR BAHRU. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmoe/article/view/1914
Issue
Section
Articles