JURNAL PEMBELAJARAN: RELEVANKAH PENGGUNAANNYA DALAM PEMBELAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB?
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.725030Keywords:
Jurnal Pembelajaran (Learning Journal), Pembelajaran Kosa Kata (Vocabulary Learning), Bahasa Arab (Arabic Language)Abstract
Jurnal pembelajaran merupakan sebuah catatan bertulis untuk merekodkan proses pembelajaran dan membantu dalam meningkatkan kesedaran seseorang terhadap pembelajaran mereka. Hakikatnya, masih ramai pelajar bahasa Arab kurang kesedaran tentang pembelajaran kosa kata bahasa Arab dan mempunyai kemahiran metakognitif yang rendah, sehingga memberi kesan negatif kepada penguasaan bahasa mereka. Penggunaan jurnal pembelajaran merupakan salah satu inisiatif yang boleh membantu pelajar untuk memantau pembelajaran secara berkala. Namun demikian, penggunaannya didapati kurang dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pembelajaran meskipun penggunaannya sangat meluas dalam kalangan guru atau pendidik untuk melakukan refleksi bagi menilai keberkesanan pengajaran mereka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kerelevanan dan kepentingan penggunaan jurnal pembelajaran untuk mempelajari kosa kata bahasa Arab. Seramai 10 orang pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah agama negeri Perlis dilibatkan sebagai responden kajian kualitatif ini. Selepas pelajar menyiapkan jurnal pembelajaran yang disediakan, kaedah temu bual separa berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklum balas mengenai kerelevanan dan kepentingan penggunaan jurnal pembelajaran dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab. Data kajian dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian NVivo 14. Dapatan analisis ini menemukan lima tema utama mengenai kerelevanan penggunaan jurnal pembelajaran dalam konteks kajian iaitu mengingat kembali pembelajaran, menyemak kefahaman, meningkatkan kesedaran metakognitif, mengarahkan pembelajaran berfokus dan menyimpan maklumat pembelajaran. Kajian ini dijangka memberi sumbangan dan implikasi dalam pendidikan secara teori dan praktikal di mana jurnal pembelajaran dapat dijadikan sebagai rekod pembelajaran kendiri dan satu bahan penilaian formatif dalam bilik darjah.
A learning journal is a writing note to record the learning process and help in increasing an individual’s awareness of their learning. In fact, many Arabic language students still lack awareness about learning Arabic vocabulary and have low metacognitive skills, which negatively affects their language proficiency. The use of learning journals is one initiative that can help students monitor their learning regularly. However, their use of learning journals was found to be underutilized in the learning process, whereas its use is very widespread among teachers or educators to reflect on and evaluate the effectiveness of their teaching. Therefore, this study was conducted to examine the relevance and importance of using learning journals to learn Arabic vocabulary. A total of 10 Form Three students from religious secondary schools in Perlis were involved as respondents in this qualitative study. After students completed the learning journal provided, the semi-structured interview method was used to get feedback on the relevance and importance of utilizing learning journal in learning Arabic vocabulary. The research data was analyzed thematically using NVivo 14 software. The results of this analysis showed five main themes about the relevance of using learning journals in research context: remembering past learning, checking understanding, enhancing metacognitive awareness, directing focused learning, and storing learning information. This study is expected to contribute and have implications in education theoretically and practically, where learning journals can be used as a record of self-learning and one of the formative assessment materials in the classroom.