IMPLEMENTASI DAKWAH MENERUSI PROGRAM DEKAT DI HATI ‘ANAK MALAYSIA’ DI KAMPUNG MESILOU KUNDASANG, SABAH: SATU ANALISIS

IMPLEMENTATION OF DA'WAH THROUGH THE PROGRAMME CLOSE TO THE HEART OF 'ANAK MALAYSIA' IN KAMPUNG MESILOU KUNDASANG, SABAH: AN ANALYSIS

Authors

  • Jamal Adli Ahmad Shukri Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Ahmad Nur Amsyar Zainal Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Mohd Shalahudin Ismail Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Mohd Nasrun Mohd Talib Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.725057

Keywords:

Dakwah (Da'wah), Dekat Di Hati (Close To The Heart), Implementasi (Implementation), Kundasang, Sabah

Abstract

Program Dekat Di Hati ‘Anak Malaysia’ merupakan salah satu program amali dakwah yang wajib diikuti oleh semua pelajar Semester 6 dalam jurusan Diploma Dakwah Islamiyyah di Institut Pengajian Dakwah dan Islam Sabah (IPDAS), Keningau, Sabah. Program ini juga merupakan satu bentuk implementasi dakwah yang perlu diaplikasikan oleh pelajar setelah mempelajari teorinya dalam sesi kuliah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan dakwah yang sesuai digunakan dalam program amali dakwah, melihat cabaran yang dihadapi semasa menjalankan program amali dakwah serta cadangan penambahbaikan dalam program amali dakwah tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu menerusi kaedah turut serta, pemerhatian, kajian keperpustakaan dan temu bual. Hasil dapatan kajian ini menemui lima bentuk implementasi dakwah yang sesuai dilaksanakan di Kampung Mesilou, Kundasang iaitu menerusi Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Sembelihan, Program Jom Mengaji, Program Smart Seni Islamik dan Program Kem Bestari Solat (Siri I & Siri II). Manakala cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan dakwah pula termasuklah tahap penghayatan etika yang rendah, peralatan dan perkhidmatan program yang terhad, penetapan masa yang kurang sesuai, penduduk kampung di ambang kemodenanisasi dan kedudukan geografi kampung yang mencabar. Justeru, implementasi dakwah ini dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi pendakwah dalam meneruskan syiar Islam pada masa akan datang.

The Heart of 'Anak Malaysia' program is one of the practical da'wah programs that must be attended by all Semester 6 students majoring in Diploma in Islamic Da'wah at the Sabah Institute of Da'wah and Islamic Studies (IPDAS), Keningau, Sabah. This program is also a form of da'wah implementation that needs to be applied by students after learning the theory in a lecture session. This study was conducted with the aim of identifying the appropriate da'wah approach to be used in the da'wah practice program, looking at the challenges faced during the da'wah practice program as well as suggestions for improvement in the da'wah practice program. This study uses a qualitative methodology through participation, observation, library research and interviews. The findings of this study found five forms of da'wah implementation that are suitable to be implemented in Kampung Mesilou, Kundasang, namely through the Funeral Management Course, Slaughter Course, Jom Mengaji Program, Smart Islamic Art Program and Kem Bestari Solat Program (Series I & Series II). Meanwhile, the challenges faced in carrying out da'wah include a low level of ethical appreciation, limited programme equipment and services, inappropriate timing, villagers on the verge of modernization and challenging village geography. Thus, the implementation of this da'wah can be used as a guide and reference for preachers in continuing Islamic teachings in the future.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

26-06-2025

How to Cite

Jamal Adli Ahmad Shukri, Ahmad Nur Amsyar Zainal, Mohd Shalahudin Ismail, Mohd Nasrun Mohd Talib, & Saifulazry Mokhtar. (2025). IMPLEMENTASI DAKWAH MENERUSI PROGRAM DEKAT DI HATI ‘ANAK MALAYSIA’ DI KAMPUNG MESILOU KUNDASANG, SABAH: SATU ANALISIS: IMPLEMENTATION OF DA’WAH THROUGH THE PROGRAMME CLOSE TO THE HEART OF ’ANAK MALAYSIA’ IN KAMPUNG MESILOU KUNDASANG, SABAH: AN ANALYSIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(25). https://doi.org/10.35631/IJMOE.725057