PENGINTEGRASIAN SENI VISUAL DI DALAM PENGAJARAN PERLEMBAGAAN NEGARA MELALUI KURSUS JATI DIRI KEBANGSAAN
INTEGRATING VISUAL ARTS IN TEACHING THE FEDERAL CONSTITUTION THROUGH NATIONAL IDENTITY DEVELOPMENT COURSE
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.727007Keywords:
Pedagogi (Pedagogy), Seni Visual (Visual Arts), Perlembagaan Negara (Federal Constitution), Jati Diri Kebangsaan (National Identity)Abstract
Cabaran arus globalisasi kini mendorong Malaysia mengambil inisiatif penting iaitu mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi terutamanya dalam kalangan golongan belia. Dalam konteks pendidikan, seni bukan hanya dilihat sebagai satu bentuk ekspresi kreatif tetapi juga sebagai alat untuk membangunkan pemikiran kritikal, kemahiran sosial, dan kecerdasan emosi pelajar. Oleh itu, pengintegrasian seni visual dalam pengajaran Perlembagaan Negara melalui kursus Jati Diri Kebangsaan dalam kalangan pelajar universiti adalah bertujuan untuk mewujudkan kaedah pembelajaran yang lebih menarik, efektif dan boleh meningkatkan kefahaman pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka bagaimanakah pengintegrasian seni visual khususnya seni lukisan boleh dilakukan dalam pengajaran topik Perlembagaan Negara melalui kursus Jati Diri Kebangsaan dan impaknya kepada pemahaman pelajar. Seterusnya, apakah cabaran dan potensi yang boleh diketengahkan pada masa hadapan melalui pengintegrasian seni visual ini dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Jati Diri Kebangsaan. Reka bentuk kajian kualitatif ini berdasarkan metodologi ‘Penyelidikan Berasaskan Seni’ dengan membuat tinjauan terhadap 13 orang responden dalam kalangan pelajar Asasipintar Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia berumur 17 hingga 19 tahun. Analisis dokumen dilakukan terhadap data yang diperolehi melalui rancangan pengajaran, pemerhatian dan temu bual secara terbuka. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengintegrasian seni visual dalam pengajaran topik Perlembagaan Negara melalui kursus Jati Diri Kebangsaan boleh dilakukan melalui persediaan penyelidik dan mempunyai impak terhadap kefahaman pelajar tentang Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai jati diri kebangsaan. Akhir sekali, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat cabaran dan potensi yang dihadapi oleh pelajar dalam melaksanakan pembelajaran menggunakan seni visual dalam kursus Jati Diri Kebangsaan.
The current challenges of globalization have prompted Malaysia to take important initiatives, namely the development of a society with strong values of national identity, especially among the youth. In the context of education, art is not only seen as a form of creative expression but also as a tool to develop students' critical thinking, social skills, and emotional intelligence. Therefore, the integration of visual arts in the teaching of the Federal Constitution through the National Identity course among university students aims to create a more engaging and effective learning method that can enhance students’ understanding. Hence, this study aims to explore how the integration of visual arts, particularly drawing, can be implemented in teaching the topic of the Federal Constitution through the National Identity course and its impact on students’ understanding. Furthermore, it seeks to identify the challenges and potentials that can be highlighted in the future through the integration of visual arts in the teaching and learning of the National Identity course. This survey-based study involved 13 respondents among the students of ASASIpintar International, Universiti Kebangsaan Malaysia aged between 17 and 19 years. Document analysis was conducted using data obtained from teaching plans, observations and open interviews. The findings of this study show that the integration of visual arts in teaching the Federal Constitution’s topic through the National Identity course can be carried out through the preparation of the researcher and has an impact on students’ understanding of the Federal Constitution and the values of national identity. Finally, the findings also indicate that there are challenges and potentials faced by students in implementing learning through visual arts in the National Identity course.