AMALAN PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN DALAM BIDANG IBADAH GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

THE PRACTICE OF USING ARTIFICIAL INTELLIGENCE IN THE FIELD OF WORSHIP AMONG ISLAMIC EDUCATION TEACHERS IN PRIMARY SCHOOLS

Authors

  • Junaidah Jaidan @Bukau Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.35631/IJMOE.728018

Keywords:

Kecerdasan Buatan (AI) (Artificial Intelligence (AI), Pendidikan Islam (Islamic Education), Bidang Ibadah (Field of Worship), Guru Sekolah Rendah (Primary School Teachers), Cabaran AI (Challengers of Artificial Intelligence)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti amalan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang ibadah oleh guru pendidikan islam di sekolah rendah. Perkembangan teknologi masa kini telah membawa perubahan besar dalam sektor pendidikan termasuklah dalam pengajaran pendidikan islam. Kecerdasan buatan (AI) sangat berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian ilmu ibadah melalui pendekatan yang lebih interaktif dan responsive. Namun demikian, pemerhatian awal mendapati bahawa penggunaan AI dalam kalangan guru masih terbatas dan belum dimanfaatkan secara optimum. Terdapat tiga cabaran utama yang dikenal pasti dalam kajian ini iaitu yang pertama ialah tahap penguasaan guru terhadap teknologi AI masih rendah, khususnya dalam aplikasi yang berkaitan dengan pendidikan islam dalam bidang ibadah. Cabaran yang kedua ialah terdapat kekangan dari segi sumber pengajaran yang berbentuk AI yang bersesuaian dengan kandungan pembelajaran bidang ibadah dan memenuhi kehendak syariah. Cabaran yang ketiga ialah wujudnya kebimbangan dalam meneliti ketepatan maklumat yang telah dijana oleh AI yang kemungkinan besarnya ia tidak ditapis oleh pihak berautoriti dan bidang agama. Oleh yang demikian , kajian ini diharap akan dapat memberi sumbangan kepada penyediaan garis panduan yang bersesuaian dengan bidang agama dan latihan kepada guru agar penggunaan AI dalam pengajaran bidang ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, efisien, beretika dan selari dengan matlamat pendidikan islam semasa.

This study aims to examine the practice of using artificial intelligence (AI) in the field of worship by Islamic education teachers in primary schools. The current technological developments have brought significant changes to the education sector, including the teaching of Islamic education in schools. Artificial intelligence (AI) has great potential to enhance the effectiveness of delivering worship knowledge through a more interactive and responsive approach. However, initial observations show that the use of AI among teachers is still limited and has not been optimally utilized. Three main challenges identified in this study are: first, the teachers' proficiency in AI technology is still low, especially in applications related to Islamic education in the field of worship. The second challenge is the limitation of AI-based teaching resources that are suitable for the content of worship learning and comply with Sharia requirements. The third challenge is the concern about the accuracy of information generated by AI, which is likely not filtered by authorized religious authorities. Therefore, this study is expected to contribute to the preparation of appropriate guidelines aligned with religious fields and training for teachers so that the use of AI in teaching worship can be implemented more effectively, efficiently, ethically, and in line with the current goals of Islamic education.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

02-12-2025

How to Cite

Bukau, J. J., & Zulkifli, H. (2025). AMALAN PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN DALAM BIDANG IBADAH GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH: THE PRACTICE OF USING ARTIFICIAL INTELLIGENCE IN THE FIELD OF WORSHIP AMONG ISLAMIC EDUCATION TEACHERS IN PRIMARY SCHOOLS. INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN EDUCATION (IJMOE), 7(28), 219–237. https://doi.org/10.35631/IJMOE.728018