KESAN PENGGUNAAN PEMBELAJARAN KENDIRI BERASASKAN SIMULASI FIZIK PHET TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR MATRIKULASI DALAM TOPIK GERAKAN PROJEKTIL
EFFECTS OF THE APPLICATION OF PHET PHYSICS SIMULATION–BASED SELF-DIRECTED LEARNING ON MATRICULATION STUDENTS’ ACHIEVEMENT IN THE TOPIC OF PROJECTILE MOTION
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.728057Keywords:
Simulasi Fizik (Physics Simulation), Pembelajaran Kendiri (Self-Directed Learning), Gerakan Projektil (Projectile Motion), Matrikulasi (Matriculation)Abstract
Topik Gerakan Projektil merupakan salah satu topik yang mencabar dalam kurikulum fizik kerana sifatnya yang abstrak. Tujuan kajian adalah untuk menentukan kesan penggunaan simulasi fizik PhET dalam bahan pembelajaran kendiri ke atas pencapaian pelajar matrikulasi dalam topik Gerakan Projektil. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen dengan rekabentuk kawalan tidak serupa. Matrikulasi di utara Semenanjung Malaysia dijadikan kumpulan eksperimen. Manakala, pelajar dari Kolej Matrikulasi pantai timur Semenanjung Malaysia dijadikan sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional, ianya merujuk kepada amalan menggunakan nota kuliah dan buku tutorial sebagai bahan bantu pembelajaran kendiri pelajar dalam topik Gerakan Projektil. Manakala, kumpulan eksperimen pula menggunakan simulasi fizik PhET dalam bahan pembelajaran kendiri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan simulasi fizik PhET dalam bahan pembelajaran kendiri membantu pelajar untuk memahami konsep ini dengan lebih mendalam. Melalui simulasi yang interaktif, pelajar dapat memanipulasi pemboleh ubah seperti sudut lontaran, halaju awal, jisim dan ketinggian, lalu memerhati serta menganalisis secara langsung kesan perubahan terhadap trajektori projektil. Hal ini membolehkan pelajar membina kefahaman konsep yang lebih kukuh tanpa bergantung sepenuhnya kepada penerangan abstrak secara lisan atau persamaan matematik semata-mata.
Projectile Motion is one of the more challenging topics in the physics curriculum due to its abstract nature. The purpose of this study is to determine the effect of using PhET physics simulations in self-directed learning materials on matriculation students’ achievement in the topic of Projectile Motion. This study employed a quasi-experimental design, specifically a non-equivalent control group design. Matriculation students from the northern region of Peninsular Malaysia were assigned to the experimental group, while students from a Matriculation College on the east coast of Peninsular Malaysia served as the control group. The control group used conventional methods, which referred to the practice of using lecture notes and tutorial books as self-directed learning materials for the topic of Projectile Motion. In contrast, the experimental group used PhET physics simulations as part of their self-directed learning materials. The findings indicate that the use of PhET physics simulations in self-directed learning helps students develop a deeper understanding of the concept. Through interactive simulations, students were able to manipulate variables such as launch angle, initial velocity, mass, and height, and directly observe and analyze the effects of these changes on projectile trajectories. This approach enabled students to construct a stronger conceptual understanding without relying solely on abstract verbal explanations or mathematical equations.
