KEBERKESANAN LAMAN WEB E-FAITH JOURNEY TERHADAP PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM ABAD KE-21 BAGI PELAJAR TINGKATAN 1
THE EFFECTIVENESS OF THE E-FAITH JOURNEY WEBSITE ON 21ST-CENTURY ISLAMIC EDUCATION LEARNING FOR FORM 1 STUDENTS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.829043Keywords:
Pembelajaran Digital (Digital Learning), Pendidikan Islam (Islamic Education), Penglibatan Pelajar (Student Engagement), Sirah, Teknologi Pendidikan (Educational Technology)Abstract
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan laman web E-Faith Journey sebagai platform pembelajaran digital bagi topik Sirah Tingkatan 1 dalam konteks Pendidikan Islam abad ke-21. Kajian ini memfokuskan integrasi pendekatan VARK (Visual, Auditori, Membaca dan Kinestetik) bersama elemen gamifikasi dalam menyokong kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah campuran (mixed-method) yang menggabungkan tinjauan kuantitatif dan analisis kualitatif. Seramai 242 pelajar Tingkatan 1 dari sebuah sekolah menengah harian di Kuala Terengganu dipilih secara rawak sebagai sampel. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik skala Likert lima mata dan tiga soalan terbuka. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif manakala data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan menunjukkan 96.9% pelajar berada pada tahap faham dan sangat faham, manakala 93.1% menyatakan pembelajaran melalui laman web lebih menarik berbanding buku teks. Analisis tematik mengenal pasti tiga tema utama: pembelajaran lebih menyeronokkan, pemahaman lebih jelas dan peningkatan motivasi digital. Dapatan ini menyokong teori konstruktivisme dan pembelajaran multimedia yang menekankan penglibatan aktif serta integrasi visual dan interaktif dalam meningkatkan kefahaman. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan bahan digital khusus bagi Sirah Tingkatan 1 dan mencadangkan peluasan kajian menggunakan reka bentuk eksperimen pada masa hadapan.
This study aims to evaluate the effectiveness of the E-Faith Journey website as a digital learning platform for the Form 1 Sirah topic within the context of 21st-century Islamic Education. The study focuses on integrating the VARK approach (Visual, Auditory, Reading, and Kinesthetic) with gamification elements to support diverse student learning styles. A mixed-method research design was employed, combining a quantitative survey and qualitative analysis. A total of 242 Form 1 students from a daily secondary school in Kuala Terengganu were randomly selected as the sample. The research instrument consisted of a five-point Likert scale questionnaire and three open-ended questions. Quantitative data were analyzed using descriptive statistics, while qualitative data were examined through thematic analysis. The findings indicate that 96.9% of students were at the level of understanding or strong understanding, while 93.1% reported that learning through the website was more engaging compared to textbooks. Thematic analysis identified three main themes: more enjoyable learning experiences, clearer understanding, and increased digital learning motivation. These findings support constructivist theory and multimedia learning theory, which emphasize active engagement and the integration of visual and interactive elements in enhancing comprehension. The study contributes to the development of specialized digital learning materials for Form 1 Sirah and recommends future research using an experimental design to further examine its impact.
Downloads
References
Abu Bakar Yusof, Mohd Syaubari Othman, Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, & Mohd Afifi Bahurudin Setambah. (2022). Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pengajaran abad ke 21 (PAK 21) di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah Negeri Sabah. E-Journal of Islamic Thought and Understanding, 5(2), 52–65.
Aminamul Saidah, M. N., Bity Salwana, A., & Zamri, M. (2021). Pendigitalan pendidikan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM), 1(1).
Asrulla, R., Risnita, R., Jailani, M. S., & Jeka, F. (2023). Populasi dan sampling (kuantitatif), serta pemilihan informan kunci (kualitatif) dalam pendekatan praktis. Jurnal Pendidikan Tambusai, 7(3), 26320–26332.
Fatin Izati, M. T., & Farah Hanan, A. B. (2021, April 6). Pendidikan digital era IR 4.0 dalam Pendidikan Islam [Kertas kerja]. International Conference on Syariah & Law (ICONSYAL 2021).
Ishak, M., Arshad, M. M., Fakhruddin, F. M., Ismail, I. A., Ismail, H., Ahmad, S., Ramlan, S. R., Abdullah, H., Mat Saad, N. S., & Syed Sahurilo, S. N. (2021). Tinjauan tahap prestasi peranan guru Pendidikan Islam sebagai pemangkin perubahan ke arah pembentukan masyarakat madani melalui kaedah pendidikan Islam tidak formal. Journal of Islamic Education Studies, 10, 1–15.
Jahidih Saili, & Muhamad Suhaimi Taat. (2024). Revolusi Pendidikan Islam abad ke-21: Eksplorasi tahap amalan kreativiti dalam pengajaran Sirah dan Tamadun Islam. Borneo Akademika, 8(1), 30–39.
Kamarul Azmi Jasmi. (2021, September 25–26). Metode pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif untuk Pengajian Islam dan Pendidikan Islam. Bengkel Reka Bentuk Penyelidikan Kualitatif Siri 5, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).
Mohd Arubi Ismail, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Musa Mohamad, Mohd Zamrus Ali, & Rossidi Usop. (2025). Fiqh al-Sirah dan fungsinya dalam penerapan pengajaran dan iktibar daripada Sirah Nabawiyah pada zaman moden. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 10(74), 182–200.
Muhamad Faizzuddin Zainol Aman, & Hafizhah Zulkifli. (2024). Pembelajaran berasaskan realiti terimbuh dalam Pendidikan Islam. Bitara: International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 7(2), 66–79.
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Muhammad Faris Faisal Ahmad Raddi, & Nur Najwa Hanani Abd Rahman. (2024). Cabaran pengajaran bidang Sirah bagi guru pelatih Pendidikan Islam. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(3), 519–529.
Nur Adibah Liyana Awi, & Zulkifli, H. (2021). Amalan kreativiti guru Pendidikan Islam dalam pembelajaran abad ke-21. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 4(1), 40–54.
Nurul Hidayana Mohd Noor, & Amirah Mohamad Fuzi. (2024). Teknik persampelan dan penentuan saiz sampel bagi penyelidikan sains sosial. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 6(4), 313–326.
Rosnani Hashim, Muhammad Zahiri Awang Mat, Adnan Abd Rashid, Ainol Madziah Zubairi, & Mohd Farid Mohd Shahran. (2022). Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam sekolah menengah bagi menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 dari perspektif guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1), 65–79.
Saili, J., Taat, M. S., & Awang Japilan, N. H. (2025). Impak pengalaman mengajar terhadap integrasi teknologi dalam pengajaran Sirah dan Tamadun Islam. Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies, 8(1).
Salleh, N. N., & Wan Abdullah, W. A. A. (2024). Minat dan kaedah pembelajaran Sirah menggunakan permainan digital. IPGM Kampus Raja Melewar.
Shaari, A. S. (2022). Kaedah penyelidikan pendidikan kuantitatif. UUM Press.
Siti Fatihah Osman. (2023). Faktor bahan bantu mengajar yang menyokong pengamalan pemikiran kritis guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran abad ke-21. Sains Insani, 8(1), 101–108.
Siti Mariam Abdul Razak, & Mardzelah Makhsin. (2024). Pembelajaran bermakna melalui inovasi Kit i-Sir dalam Pendidikan Islam. Semarak International Journal of Islamic Studies and Culture, 2(1), 69–77.
Suhaida Mohd Sukis, Muhamad, N., & Borham, A. H. (2023). Amalan pentaksiran alternatif digital guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah kebangsaan. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 7(1), 44–57.
Suriani Sudi, Wazir, R., & Mohd Zin, S. M. (2023). Penggunaan laman web dan aplikasi dalam pengajaran hadis di Universiti Islam Selangor. Journal Hadis, 13(26), 62–70.
Taat, M. S., Talip, R., Kiflee, D. N. A., & Japuni, M. N. M. (2022). Pembelajaran atas talian, media digital dan sikap akademik pelajar: Satu tinjauan di negeri Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11).
Tajul Asmawee, N. F., Wan Maizon, W. S., Wan Alauddin, W. N., & Syed Hassan, S. N. (2024). Transformasi digital dalam pembelajaran dan amalan Islam: Analisis aplikasi Muslim Pro. Jurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC), 7(12), 1–18.
Tan Bee Piang, & Shazlin Abdullah. (2025). E-pembelajaran kepelbagaian budaya: Pembangunan dan penilaian laman web interaktif untuk Pendidikan Moral. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(3), 15–37.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, & Fairuzzah Harun. (2024). Kajian terkini tentang penyelidikan pendidikan dalam Pendidikan Islam. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar.
Zulkifli, M. H., Ramli, I., & Ramlie, H. A. (2025). Perbezaan keberkesanan kaedah PAK-21 dan tradisional dalam pengajaran guru pendidikan Islam. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 6(5), 203–214.
