KAJIAN KEBERKESANAN DAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP APLIKASI E-AQIDAH DALAM PEMBELAJARAN AKIDAH: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI KUALA NERUS
THE EFFECTIVENESS AND STUDENTS ACCEPTANCE OF THE E-AQIDAH APPLICATION IN AQIDAH LEARNING: A STUDY AT A NATIONAL SECONDARY SCHOOL IN KUALA NERUS
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJMOE.829062Keywords:
Aplikasi Digital (Digital Application), Pendidikan Abad Ke-21 (21st- Century Education), Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centered Learning), Pendidikan Islam (Islamic Education)Abstract
Dalam era pendidikan abad ke-21, integrasi teknologi digital semakin menjadi keperluan dalam mengukuhkan keberkesanan proses pembelajaran di sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan konsep akidah dalam kalangan pelajar masih menghadapi cabaran kerana pendekatan pengajaran tradisional kurang berupaya menarik minat dan mengekalkan tumpuan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan penggunaan aplikasi E-Aqidah terhadap pemahaman pelajar mengenai topik-topik dalam domain Akidah Tingkatan Satu di bawah mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melibatkan 136 orang pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Kuala Nerus melalui soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A menilai pemahaman pelajar terhadap empat subtopik Akidah Tingkatan Satu melalui ujian pra dan pasca, manakala bahagian B mengumpul data mengenai minat pelajar dalam menggunakan aplikasi E-Aqidah menggunakan skala Likert empat kategori. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan signifikan merentasi semua item ujian, dengan peningkatan antara 45.57% hingga 145% selepas penggunaan aplikasi. Peningkatan skor ini melibatkan soalan fakta asas dan juga konsep abstrak seperti fitrah dan tauhid, sekali gus menunjukkan keberkesanan aplikasi dalam menyokong pelajar berbeza tahap penguasaan. Item yang mendapat markah rendah dalam ujian pra turut mencatat peningkatan ketara dalam ujian pasca, manakala pola peningkatan konsisten merentasi beberapa subtopik mengukuhkan bukti bahawa pendekatan digital interaktif dapat memantapkan penguasaan akidah. Maklum balas Bahagian B turut menunjukkan majoriti pelajar berada pada tahap “setuju” dan “sangat setuju” terhadap keberkesanan aplikasi dari segi reka bentuk mesra pengguna, audio-visual dan aktiviti kuiz yang membantu tumpuan serta motivasi. Secara keseluruhannya, penggunaan aplikasi yang menampilkan ciri-ciri interaktif seperti audio-visual dan gamifikasi berupaya meningkatkan pemahaman serta dapat menggalakkan minat pelajar terhadap topik Akidah secara khusus dan terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam secara amnya.
In the era of 21st-century education, the integration of digital technology is increasingly becoming a necessity in strengthening the effectiveness of the learning process in schools. Nevertheless, the mastery of aqidah (creed) concepts among students still faces challenges as traditional teaching approaches are less capable of attracting interest and maintaining student focus. This study was conducted to test the effectiveness of using the E-Aqidah application on students' comprehension of topics within the Form One Akidah domain under the subject of Islamic Education. This study employs a quantitative design involving 136 Form One students at national secondary schools in the Kuala Nerus district through a questionnaire consisting of two parts. Part A assesses student comprehension of four Form One Aqidah subtopics through a pre-test and post-test, while Part B collects data on student interest in using the E-Aqidah application using a four-category Likert scale. The study findings indicate a significant increase across all test items, with improvements ranging from 45.57% to 145% after using the application. This increase in scores involves basic factual questions as well as abstract concepts such as innate nature (fitrah) and monotheism (tauhid), thus demonstrating the application's effectiveness in supporting students with different levels of proficiency. Items that received low marks in the pre-test also recorded a significant increase in the post-test, while a consistent pattern of improvement across several subtopics reinforces the evidence that an interactive digital approach can strengthen the mastery of faith (aqidah). Feedback from Part B also showed that the majority of students were at the "agree" and "strongly agree" levels regarding the application's effectiveness in terms of user-friendly design, audio-visuals, and quiz activities that aid focus and motivation.Overall, the use of applications featuring interactive characteristics such as audio-visual and gamification can increase comprehension while simultaneously encouraging students' interest towards the topic of Aqidah specifically, and towards the subject of Islamic Education generally.
Downloads
References
Ab Halim, N., Ismail, WOASW, Ab Ghani, B., & Khamis, NM. (2025). Trend dan hala tuju masa depan dalam teknologi pendidikan Islam: tinjauan sistematik. Jurnal Pendidikan Dalam Talian Malaysia, 9 (1), 168-180. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v9i1.255
Abidin, A. A., Cantona, E. Z., Wicaksana, M. A., Annastasya, S., & Sukmana, T. (2023). Dampak penggunaan smartphone pada proses pembelajaran. Scientific Journal of Education, 1(2), 124-132. https://journal.csspublishing.com/index.php/education/article/view/111
Azzahra, H., Chandra, C., & Kharisma, I. (2025). Pemanfaatan Media Audio Visual sebagai Sarana Pembelajaran Interaktif di Sekolah Dasar: Strategi, Manfaat, dan Implementasinya. Jurnal Riset Ilmu Pendidikan, Bahasa dan Budaya, 3(2), 113-121. https://doi.org/10.61132/semantik.v3i2.1621
Bahar, A. J., & Sham, F. M. (2022). Pendekatan Minat Kepada Pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. e-BANGI, 19(7), 109-123. https://ejournal.upsi.edu.my/
Bitu, Y. S., Setiawi, A. P., Bili, F. G., Iriyani, S. A., & Patty, E. N. S. (2024). Pembelajaran interaktif: meningkatkan keterlibatan dan pemahaman siswa. Jurnal Keguruan dan Ilmu Pendidikan, 5(2). http://dx.doi.org/10.25157/j-kip.v5i2.14697
Hambali & Lubis, (2022). Pengintegrasian Teknologi Dalam Pendidikan: Cabaran Guru. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics, 8(1), 49-63. https://doi.org/10.24191/ijmal.v8i1.7454
Heng, T. J. (2018). Factors influencing perceived self-paced learning: Maximizing ICT use among UTAR undergraduate students [Tesis Sarjana, Universiti Tunku Abdul Rahman]. UTAR Institutional Repository. http://eprints.utar.edu.my/3201/
Kaimin, S. K., & Mohd Aderi Che Noh, M. A. (2016). Kaedah Media Audio Visual Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Wacana Pendidikan Islam Siri II, November.
Mas’od, S. U., & Samat @ Darawi, A. B. (2024). Tahap Pengetahuan Pendidikan Akidah: Satu Kajian Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Kluang. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 9(54). 512-522. http://dx.doi.org/10.35631/IJEPC.954038
Mohamad, A. M. (2020). Keberkesanan Quiziz sebagai medium alternatif ulangkaji dan pembelajaran kendiri [The effectiveness of Quizizz as an alternative medium of revision and self-learning]. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2), 29-37. http://journalarticle.ukm.my/15973/
Moharam, M. M. A.-H., Mokhtar, S., & Thia, K. (2021). Pendekatan Kaedah Interaktif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Abad ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu. 5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021. https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33099/
Mulyati, T., Kusumadewi, R. F., & Ulia, N. (2021). Pembelajaran interaktif melalui media komik sebagai solusi pembelajaran dimasa pandemi. Jurnal Penelitian Pendidikan, 8(1). https://doi.org/10.25134/pedagogi.v8i1.4054
Mulyati, T., Sanjaya, A., & Hermawan, A. (2021). Analisis Penggunaan Media Pembelajaran Interaktif terhadap Hasil Belajar Siswa. Jurnal Inovasi Pendidikan, 5(2), 120–135. https://doi.org/10.31004/inovasi.v5i2.210
Ni'mah, Z., & Rahmawati, H. (2023, November). Teknologi pendidikan dalam pendidikan islam: Kajian literatur yang sistematik. Dalam Prosiding Persidangan Antarabangsa Ke-6 Pengurusan Teknologi Pendidikan 2023 (ms 148-155).
Omar, J., & Muhamad, N. (2024) Kepentingan Pemikiran Kritis Dalam Pengajaran Akidah KSSM Mendepani Era Digital. Firdaus Journal, 4(2), 36-49. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/firdaus/article/view/10489
Raudatussolihah, B. (2022). Pengembangan Teknologi Audio-Visual dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Education and Learning Journal, 3(1), 53-60. https://jurnal.fai.umi.ac.id/index.php/eljour/article/view/140/105
Risdiana Chandra Dhewy. (2022). Pelatihan Analisis Data Kuantitatif Untuk Penulisan Karya Ilmiah Mahasiswa. Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat, 2(3), 4575-4578. https://doi.org/10.53625/jabdi.v2i3.3224
Safarudin, R., Zulfamanna, Z., Kustati, M., & Sepriyanti, N. (2023). Penelitian Kualitatif. Journal of Social Science Research, 3(2), 9680–9694. https://j-innovative.org/index.php/Innovative/article/view/1536
Salame, I. I., Tuba, M., & Nujhat, M. (2024). Note-taking and its impact on learning, academic performance, and memory. International Journal of Instruction, 17(3), 599-616. https://e-iji.net/ats/index.php/pub/article/view/630
Syahroni, M. I. (2022). Prosedur penelitian kuantitatif. EJurnal Al Musthafa, 2(3), 43-56. https://doi.org/10.62552/ejam.v2i3.50
Trimansyah, T. (2021). Kecendrungan media pembelajaran interaktif. Jurnal Studi Pendidikan, 12(1), 13-27. https://doi.org/10.47625/fitrah.v12i1.311
Ubaedullah, D., & Suryono, F. (2025). Teknologi dalam Kurikulum Pendidikan Islam: Cabaran dan Peluang. Jurnal Al Burhan, 5 (2), 369-391. https://jurnal.staidaf.ac.id/jab/article/view/609
Veloo, A. (2011). Keupayaan teori dan pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran. Journal of Governance and Development, 7, 8-15. https://www.e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/14046
Zainuddin, M. Z., & Muhammad, S. @ H. (2023). Tahap Pengetahuan Akidah Pelajar Sekolah Menengah di Seremban, Negeri Sembilan. Journal of Contemporary Islamic Studies, 9(1), 1–18. https://doi.org/10.24191/jcis.v9i1.2
Zulfikri, A. Z., & Masnan, A. H. (2023). The Use of Interactive Games in Children’s Teaching and Learning Processes: An Innovation: Penggunaan permainan interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak: Suatu inovasi. Southeast Asia Early Childhood Journal, 12(1), 128-134. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SAECJ/article/view/6635
