KEMAHIRAN KEPIMPINAN KENDIRI, TINGKAH LAKU KERJA INOVATIF DAN IKLIM SEKOLAH TERHADAP PRESTASI KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH TS25, SABAH

Authors

  • Karmilah Liashin Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

Keywords:

Iklim Sekolah, Kemahiran Kepimpinan Kendiri, Prestasi Kerja Guru, Sekolah Menengah TS25, Tingkah Laku Kerja Inovatif

Abstract

Kertas Konsep ini membincangkan kemahiran kepimpinan kendiri, tingkah laku kerja inovatif dan iklim sekolah terhadap prestasi kerja guru sekolah menengah TS25 di negeri Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kajian kauntitatif bukan eksperimen iaitu reka bentuk tinjauan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah deskriptif. Fokus kajian ini adalah sekolah- sekolah menengah TS25 di negeri Sabah sahaja.  Populasi dalam kajian ini melibatkan semua guru sekolah menengah yang mengajar di sekolah TS25 Negeri Sabah dengan 375 orang responden. Teknik pensampelan menggunakan pensampelan rawak mudah. Selain itu soal selidik digunakan untuk mendapatkan data mentah. Data mentah akan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan Kolerasi Pearson dan Regrasi Berganda.Selain itu juga, Analisis Lintasan menggunakan perisian AMOS (Analysis Moment of Structure). Kajian ini akan memberi sumbangan penting kepada pemahaman tentang faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja guru di sekolah sama ada yang melibatkan faktor dalaman mahupun faktor luaran. Hal ini kerana, guru merupakan nadi utama dalam menentukan kualiti dan kejayaan sekolah. Kemahiran Kepimpinan Kendiri  yang berkesan oleh seseorang guru dapat menggerakkan sekolah ke arah kecemerlangan. Prestasi kerja yang baik dalam kalangan guru  merangkumi keupayaan, pemikiran dan sikap dalam mengurus pelajar untuk mencapai visi, misi dan matlamat bersama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-27

How to Cite

Karmilah Liashin, & Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli. (2024). KEMAHIRAN KEPIMPINAN KENDIRI, TINGKAH LAKU KERJA INOVATIF DAN IKLIM SEKOLAH TERHADAP PRESTASI KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH TS25, SABAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijmtss/article/view/4152