SOLUSI ALTERNATIF TERHADAP PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN IN PERAK
Abstract
Pencerobohan tanah milik kerajaan merupakan isu yang dihadapi oleh pihak kerajaan negeri Perak. Masalah pencerobohan tanah ini telah menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dari segi hasil pendapatan. Pelbagai langkah penyelesaian telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Perak untuk menangani isu pencerobohan tanah milik kerajaan ini tetapi isu pencerobohan masih berlaku hingga kini. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan penyelesaian sedia ada tidak berkesan dan mengkaji solusi alternatif bagi menangani isu pencerobohan tanah kerajaan di negeri Perak. Bagi mencapai objektif kajian, rekabentuk kualitatif telah digunakan. Dua jenis data diperolehi iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi dengan kaedah temubual bersama pegawai-pegawai dari Unit Penguatkuasaan dan Teknikal di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak supaya memberi gambaran keadaan semasa dan maklum balas tentang isu pencerobohan tanah milik kerajaan negeri Perak. Manakala bagi data sekunder diperolehi dari ekstrak kajian-kajian lepas, keratan akhbar, dan jurnal-jurnal berkaitan. Seterusnya data-data ini dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati terdapat tiga punca penyelesaian sedia ada tidak berkesan iaitu campur tangan politik, peruntukan kewangan terhad dan ancaman keselamatan dari penceroboh. Selain itu terdapat beberapa alternatif penyelesaian yang telah dicadangkan iaitu penggunaan teknologi dan mewujudkan pangkalan data yang lengkap mengenai tanah yang diceroboh. Kesimpulannya, diharapkan dapatan kajian ini memberi faedah kepada semua pihak khususnya pihak kerajaan dalam menangani isu-isu pencerobohan tanah hakmilik kerajaan negeri.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Har Hui Lin, Aminah Mohsin, & Ainur Zaireen Zainudin. (2024). SOLUSI ALTERNATIF TERHADAP PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN IN PERAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF POLITICS, PUBLIC POLICY AND SOCIAL WORK (IJPPSW), 2(7). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijppsw/article/view/4046
Issue
Section
Articles