KECEKAPAN PENGURUSAN ASET DI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

Authors

  • Abdul Halim Ahmad Politeknik Kuala Terengganu

Keywords:

Kecekapan, Amalan, Kompetensi, Pengurusan, Aset

Abstract

Pengurusan aset merupakan salah satu aspek penting dalam tadbir urus sesebuah organisasi. Kecekapan pengurusan aset memperlihatkan keberkesanan organisasi dalam mengikuti pekeliling pengurusan aset yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu isu-isu yang berkaitan dengan kelemahan tatacara pengurusan aset perlu diatasi bagi menunjukkan kecekapan organisasi terbabit. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif untuk menilai kecekapan pengurusan aset di Politeknik Kuala Terengganu. Sampel bagi kajian ini terdiri dari 80 orang staf di jabatan dan unit. Instrumen bagi kajian ini merupakan satu set soalan borang soal selidik. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 23.0. Dapatan kajian menunjukkan semua amalan pengurusan aset adalah mengikut tatacara pengurusan aset (min keseluruhan = 3.87). Kompetensi pengurusan aset adalah tinggi di mana penyelaras aset telah menjalankan tugas degan baik (min keseluruhan = 3.89). Hasil kajian mendapati hipotesis, H1 diterima iaitu terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan pengurusan aset dengan kompetensi pengurusan aset. (r = 0.534). Ini dapat disimpulkan bahawa amalan pengurusan aset yang berterusan dapat meningkatkan kompetensi pengurusan aset.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-15

How to Cite

Abdul Halim Ahmad. (2021). KECEKAPAN PENGURUSAN ASET DI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU. INTERNATIONAL JOURNAL OF SUPPLY CHAIN, OPERATION MANAGEMENT AND LOGISTICS (IJSCOL), 2(3), 23–31. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijscol/article/view/142