KEDUDUKAN DINAR EMAS SEBAGAI INSTRUMEN WAKAF: ANALISIS BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS
THE STATUS OF GOLD DINAR AS A WAQF INSTRUMENT: AN ANALYSIS BASED ON THE QURAN AND HADITH
DOI:
https://doi.org/10.35631/IJEMP.935027Keywords:
Dinar Emas (Gold Dinar), Wakaf (Waqf), Instrumen Wakaf (Waqf Instrument), al-Quran (Qur’an), Hadis (Hadith)Abstract
Penggunaan wang fiat dalam amalan berwakaf menimbulkan persoalan kerana sifatnya yang tidak stabil, mudah menyusut nilai, serta tiada nilai intrinsik, yang dikhuatiri boleh menjejaskan keutuhan harta wakaf. Isu ini menjadi semakin signifikan sejajar dengan perkembangan sistem kewangan dan cabaran ekonomi semasa. Menyedari kelebihan logam emas, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji asas penggunaan dinar emas sebagai instrumen wakaf berpandukan dalil al-Quran dan hadis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap sumber-sumber primer berdasarkan al-Quran dan hadis, manakala sumber sekunder seperti literatur dan kajian ilmiah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, pertama, dinar emas memenuhi fungsi sebagai wang dan sering dibincangkan dalam konteks medium pertukaran, ukuran nilai serta penyimpan nilai. Kedua, penelitian terhadap al-Quran mendapati bahawa tidak terdapat nas secara khusus yang menyentuh penggunaan dinar emas sebagai salah satu medium berwakaf. Begitu juga, tidak terdapat nas yang menyebut wakaf secara khusus, sebaliknya konsep wakaf dapat dikaitkan dengan konsep sedekah. Dari sudut hadis, tidak terdapat nas khusus yang menyebut secara terang mengenai penggunaan dinar emas sebagai medium wakaf, walaupun terdapat perbincangan mengenainya dalam konteks sedekah. Walau bagaimanapun, ketiadaan nas khusus ini tidak bermakna pengaplikasian dinar emas dalam wakaf adalah terlarang, sebaliknya keharusannya boleh dinilai menerusi prinsip umum syarak berkaitan harta, kewangan, sedekah, dan wakaf.
The use of fiat money in waqf practices raises concerns due to its unstable nature, susceptibility to depreciation, and lack of intrinsic value, which may potentially affect the integrity of waqf assets. This issue has become increasingly significant in line with the development of financial systems and contemporary economic challenges. Recognising the advantages of gold as a precious metal, this study examines the basis for the use of gold dinar as a waqf instrument based on evidence from the Qur’an and hadith. This study adopts a qualitative approach through content analysis of primary sources, namely the Qur’an and hadith, as well as secondary sources, including relevant literature and scholarly studies. The findings indicate, first, that the gold dinar fulfils the functions of money and is frequently discussed in terms of its role as a medium of exchange, a measure of value, and a store of value. Second, an examination of the Qur’an reveals that there is no specific textual evidence nas addressing the use of gold dinar as a medium for waqf. Similarly, there is no specific nas that explicitly mentions waqf; rather, the concept of waqf may be associated with the broader concept of sadaqah. From the perspective of hadith, there is likewise no specific nas that explicitly addresses the use of gold dinar as a medium of waqf, although its use is discussed in the context of charity. Nevertheless, the absence of specific textual evidence does not necessarily indicate that the application of gold dinar in waqf is prohibited. Instead, its permissibility may be assessed based on the general principles of shariah concerning property, finance, charity, and waqf.
Downloads
References
Ahmad Mustafa Al-Maraghiy (2001a). Tafsir al-Maraghiy Jilid 1, Juzuk 1 & 2. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mustafa Al-Maraghiy (2001b). Tafsir al-Maraghiy Jilid 2, Juzuk 2 & 3. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mustafa Al-Maraghiy (2001c). Tafsir al-Maraghiy Jilid 6, Juzuk 11 & 12. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mustafa Al-Maraghiy (2001d). Tafsir al-Maraghiy Jilid 11, Juzuk 21 & 22 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Ahmad Mustafa Al-Maraghiy (2001e). Tafsir al-Maraghiy Jilid 13, Juzuk 25 & 26. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mustafa Al-Maraghiy (2001f). Tafsir al-Maraghiy Jilid 13, Juzuk 21 & 22. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aljadani Abdussalam, Mear Fred and Raimi Lukman (2016). Discourse Analysis of The Dinar Currency System and The Single Currency Agenda in The Gulf States. World Journal of Social Sciences, Vol.6. No.3. September 2016. Pp.113-123.
Amat@Anwar Zainal Abidin (2002). Sejarah Penggunaan Matawang Dinar. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Dinar Peringkat Kebangsaan “Dinar: Ke Arah Pemantapan Ekonomi Ummah” pada 16 Mac 2002, Kolej Universiti Islam Malaysia.
Arif Pujiyono (2004). Dinar dan Sistem Standar Tunggal Emas Ditinjau Menurut Sistem Moneter Islam. Dlm Jurnal Dinamika Pembangunan (JDP), Volume 1 (Nomor2).pp.144152.ISSN 1829-7617.
Asmak Ab Rahman (2009). “Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia”, dlm Jurnal Syariah, 17(1), hlm. 113-152.
HAMKA (1983). Tafsir al-Azhar, Juzu‟7. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura.Ibnu Katsier (1994). Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier: Jilid 5. Kuala Lumpur: Victory Agency.
Hessa Abdulrahman Abdulaziz AlJabr (2015).Coins in the Hejaz During the First Abbasid Period 750- 847 A.D. Mediterranean Archaeology and Archaeometry, Vol.15, No 1, pp.177-126.
Hussin Salamon dan Zanirah Mustafa (2010). Pelaksanaan Dinar dalam Sistem Ekonomi Moden: Cabaran dan Prospek Masa Depan. Diakses dar http://www.Islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/04/07_Hussin__Zanirah.pdf pada 7 April 2014.
Ibnu Katsir (2008a). Tafsir Ibnu Katsir Jilid 2. Indonesia: Pustaka Iman asy-Syafi‟i.
Muhammad Aslam Haneef and Emad Rafiq Barakat (2006).Must Money Be Limited to Only Gold and Silver? A Survey of Fiqhi Opinions and Some Implications. Jurnal JKAU: Islamic Econ, Vol.19, No. 1, pp:21-34 (2006 A.D/1427 A.H).
Muhammad Bahrul Ilmi (2012). Analisis Kelayakan Dinar dan Dirham Sebagai Mata Uang Terhadap Transaksi di Indonesia. Diakses dari http://eprints.unisbank.ac.id/207/1/artikel 40.pdf pada 7 April 2014
Nik Maheran Nik Muhammad (2011). Public Acceptance Towards Kelantan Gold Dinar. Dlm Jurnal Business dan Management Quarterly Review, 2(3), 79-87, 2011 ISSN 2180-2777.
Noorsafuan Che Noh, Hanif Md Lateh, Wan Kamal Mujani, Ezad Azraai Jamsaridan Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad (2010). Dinar Emas Negeri Kelantan Zaman Silam dan Moden: Satu Pengamatan Sejarah. Diakses dari http://e muamalat.gov.my/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/04/05_Noorsa fuan.pdf pada 7 Dis 2014.
Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali dan Norhayati Mat Husin (2004). Gold Dinar: The Impacts On Economic Social Order. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Mengenai Isu-Isu Ekonomi dan Perniagaan pada 18 Mei 2004, Universiti Teknologi Mara.
Razali Othman (2013). Instrumen Wakaf Tunai: Analisis Falsafah Penciptaan Wang Fiat Daripada Perspektif Maqsad Wakaf Tunai, Kertas Kerja dibentangkan di The 7th Isdev International Graduate Workshop (INGRAW 2013) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) di Dewan Persidangan Universiti (DPU) USM, Pulau Pinang pada 30-31 Oktober 2013.
Salmy Edawati Yaacob (2012a). Aplikasi Semasa Penggunaan Dinar Emas di Malaysia. Dlm JURNAL ISLAM dan Masyarakat Kontemporari Jilid 5 (Julai), 2012,53-63.
Salmy Edawati Yaacob (2012b). The Reality Of Gold Dinar Application In Malaysia. Dlm Jurnal Advances in Natural and Applied Sciences, 6(3): 341-347, 2012 ISSN 19950772.
Salmy Edawati Yaacob, Sanep Ahmad & Wan Najihah Wan Mohd Zabaria (2009). Kestabilan Mata Wang dalam Menangani Krisis Ekonomi: Ke Arah Penggunaan Dinar Emas, Kertas kerja dibentangkan di Seminar Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Selangor pada 27 Ogos 2009
Sayyid Qutb (2000a). Tafsir Fi zilalil Quran, Di Bawah Bayangan al-Qur‟an Jilid 2. Kelantan:Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Sayyid Qutb (2000b). Tafsir Fi zilalil Quran, Di Bawah Bayangan al-Qur‟an Jilid 3. Kelantan:Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Sayyid Qutb (2000c). Tafsir Fi zilalil Quran, Di Bawah Bayangan al-Qur‟an Jilid 14. Kelantan Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Sherif Anwar and Jere L. Bacharach (2010). Shi’ism and the Early Dinars of the Fatimid Imam Caliph al-Mu’izz li-din Allah (341-365/952-975): An Analytic Overview. Al- Masaq: Journal of the Medieval Mediterranean.
Zaharuddin Abd. Rahman (2010). Keingkaran Menempah Ancaman Riba dan Kewangan Semasa. Selangor: Tihani Cetak Sdn. Bhd.
