TRAGEDI 13 MEI 1969: SATU LAPORAN BERSUMBERKAN REKOD FOREIGN AND COMMONWEALTH OFFICE

Authors

  • Nor Azlah Sham Bt Rambely Universiti Utara Malaysia
  • Rashidah Mamat Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Tragedi 13 Mei 1969, Konflik Perkauman, Kegansaan Kaum, Pengaruh PKM, Perintah Berkurung

Abstract

Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu lakaran sejarah, konflik perkauman dan pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina yang memporak-perandakan tanah air dan meragut banyak nyawa sehinggakan darurat terpaksa diisytiharkan. Penulisan tentang 13 Mei 1969 sebelum ini banyak berfokus kepada faktor dan punca sebelum terjadinya peristiwa ini serta impak terhadap negara. Sebaliknya dalam artikel ini objektif penulisan adalah berfokus kepada gambaran peristiwa selepas 13 Mei 1969 secara kronologi berdasarkan rekod Foreign and Commonwealth Office (FCO) Malaysia: Internal Affairs West Malaysia - Internal Situation. Metodologi kajian kualitatif menggunakan sumber primer digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menjelaskan apa yang berlaku di lokasi kajian dan kawasan sekitarnya serta tindakan pihak kerajaan dalam menangani tragedi 13 Mei 1969. Penulisan ini diharap dapat memberi maklumat dan kefahaman kepada masyarakat tentang peranan sejarah sebagai juru pandu kepada apa yang telah berlaku dan bagaimana dengan maklumat ini kita mampu memahami dan mengenal pasti isu dan kehendak setiap kaum di Malaysia ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

15-01-2018

How to Cite

Nor Azlah Sham Bt Rambely, & Rashidah Mamat. (2018). TRAGEDI 13 MEI 1969: SATU LAPORAN BERSUMBERKAN REKOD FOREIGN AND COMMONWEALTH OFFICE. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 2(6), 139–154. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/60