KONSEP DAN FALSAFAH SASTERA ISLAM MENGIKUT MUHAMMAD QUTB
Keywords:
Seni Islam, Keindahan (Al-Jamal), Adab Yang Sejagat, Tabiat Tasawwur IslamAbstract
Muhammad Qutb adalah seorang penulis dan pemikir Islam. Beliau percaya bahawa seni Islam tidak semestinya seni yang membicarakan tentang Islam. Sastera Islam bukanlah nasihat dan khutbah secara langsung dan desakan dalam mengikuti kebaikan. Ia adalah seni yang melukis imej kewujudan dari perspektif persepsi (tasawwur) Islam bagi segala yang wujud. Ia merupakan ungkapan yang indah tentang alam semesta, kehidupan dan manusia, melalui tasawwur Islam terhadapnya. Seni Islam adalah seni yang menemukan pertembungan yang sempurna antara keindahan (al-Jamal) dan kebenaran(alHaq). Al-Jamal adalah realiti alam ini, dan kebenaran adalah puncak keindahan. Hubungan diantara seni dan Islam bukanlah hubungan keengganan dan permusuhan, dan ia bertentangan dengan segolongan yang menganggap bahawa agama mempunyai kaitan dengan kebenaran, dan seni hanya mengenai keindahan (al-Jamal). Dan juga golongan yang mengatakan bahawa agama
hanya menumpukan kepada etika dan akhlak. Sebaliknya, seni Islam menolak semua kekangan terhadapnya termasuk kekangan moral dan akhlak. Agama pada hakikanya memenuhi keperluan jiwa dengan seni, dan seni bertemu dengan akidah pada jiwa yang dalam. Konsep Muhammad Qutb menyeru kepada idea adab yang sejagat )األدب عالمية ,)dan iltizam pada seni yang
berdasarkan pada teks sastera, dan berada dalam kerangka Islam. Al-Quran adalah sumber utama seni, dan ia menyajikan visi yang sempurna tentang alam, kehidupan dan manusia, termasuk tujuan seni itu sendiri. Seni Islam adalah diasakan dengan empat sifat iaitu kebenaran ilahi, alam semesta, kehidupan, dan manusia. Keempat-empat sifat ini adalah teras seni Islam, disamping tasawwur Islam tentang kewujudan yang menumpukan kepada realisme, keindahan, emosi manusia, takdir, dan kebenaran iman. Semua inilah yang menghidupkan seni dalam memberikan masej dan ungkapan yang hidup yang memberi kesan kepada jiwa-jiwa manusia.