BEBERAPA PENGAMATAN 'NILAI SASTERA ISLAM' TERHADAP KARYA SITI ZAINON

Authors

  • Adli Yaacob Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  • Afifah Toklubok Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Keywords:

Sastera Islam, Lukisan, Seni dan Sastera, Aplikasi Konsep, Keindahan

Abstract

Kajian ini secara khusus mengkaji tentang konsep Sastera Islam yang terdapat dalam karya Siti Zainon Ismail. Uniknya, Siti Zainon menggabungkan antara lukisan dan sastera dalam karyanya. Konsep sastera Islam tidak digagaskan oleh Siti Zainon namun penulis berusaha mengkaji aplikasi konsep Sastera Islam yang wujud dalam karya beliau. Konsep sastera Islam yang kita boleh dapati dalam hasil karyanya antaranya; pertamanya; penggunaan unsur kaligrafi atau tulisan Jawi, kedua; mementingkan sensitiviti terhadap persekitaran dan masyarakatnya, ketiga; menjadi intipati budaya atau bangsa; keempat; tiada figuratifisme; kelima; penggunaan motif flora dan fauna. Kelima-lima teori ini akhirnya kembali kepada konsep utama Sastera Islam dalam karyanya, iaitu segalanya kembali kepada keindahan Tuhan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Adli Yaacob, & Afifah Toklubok. (2021). BEBERAPA PENGAMATAN ’NILAI SASTERA ISLAM’ TERHADAP KARYA SITI ZAINON. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 3(9), 45–56. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/101