KESAN KARYA ANWAR AL-TANZIL WA ASRAR AL-TAKWIL TERHADAP PENULISAN TEKS TAFSIR NUR AL-IHSAN: SATU PENDEDAHAN

Authors

  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS)
  • Yusuf Haji Othman Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS)
  • Tengku Zawani Tengku Zawawi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS)

Keywords:

Tafsir Nur Al-Ihsan, Anwar Al-Tanzil Wa Asrar Al-Takwil, Pendekatan Genetik, Sumber Rujukan, Kesan Karya

Abstract

Para ulama Melayu Nusantara telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti akidah, tasawuf dan tafsir al-Quran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Umar, M. S. Karya ini menjadi rujukan secara meluas oleh masyarakat dalam memahami isi kandungan al-Quran. Walaupun begitu, hasil tinjauan pengkaji didapati terdapat pengkaji terdahulu yang berpendapat bahawa pengarang karya ini tidak menggunakan sumber-sumber rujukan yang muktabar ketika menghuraikan fakta-fakta berkaitan al-Quran, sedangkan bacaan awal didapati pengarang sebenarnya tidak menggunakan pendapatnya sendiri ketika mentafsirkan al-Quran dalam karyanya itu, bahkan banyak karya-karya rujukan muktabar yang beliau rujuk. Oleh sebab karya ini masih dirujuk oleh masyarakat maka satu usaha pemurnian harus dilakukan. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dan mengesan sumber-sumber rujukan yang digunakan oleh Umar, M. S. dalam Tafsir Nur al-Ihsan, di samping pengkaji mendedahkan bagaimana rujukan-rujukan tersebut diolah olehnya menggunakan pendekatan genetik yang diperkenalkan oleh Goldman. Menerusi pendekatan ini, semua sumber rujukan yang digunakan daripada karya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil oleh al-Baydawi, A. U. didedahkan. Kajian memperlihatkan bahawa pengarang Tafsir Nur al-Ihsan telah mengambil lima pendekatan ketika mengolah teks dari karya yang beliau rujuk itu iaitu; teks dinukil secara tepat dan selari, pengarang menukil teks secara abstrak daripada karya tersebut, pengarang menghilangkan beberapa perkataan dari teks yang dirujuk sebelum dimuatkan dalam Tafsir Nur al-Ihsan, pengarang menambah huraian dan penjelasan terhadap teks yang dinukil, serta pengarang menafikan sebahagian teks yang dirujuk. Pengkaji mendedahkan bahawa Umar, M. S. merujuk karya Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil ketika menulis Tafsir Nur al-Ihsan bertujuan mengukuhkan karyanya. Beliau berhasil mengukuhkan tafsirannya jika teks yang dirujuk bertepatan dengan teks dalam karyanya. Tetapi, sebaliknya jika teks rujukan itu tidak selari atau bercanggah maka tujuan pengarang untuk menguatkan tafsiran dalam karyanya itu tidak berhasil.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-30

How to Cite

Mohd Sholeh Sheh Yusuff, Yusuf Haji Othman, & Tengku Zawani Tengku Zawawi. (2021). KESAN KARYA ANWAR AL-TANZIL WA ASRAR AL-TAKWIL TERHADAP PENULISAN TEKS TAFSIR NUR AL-IHSAN: SATU PENDEDAHAN. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 3(9), 25–32. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/104