E-SUKAN (SUKAN ELEKTRONIK) MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Keywords:
E-sukan, Sukan, Elektronik, PiawaianAbstract
E-Sukan (Sukan Elektronik) adalah fenomena yang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda masa kini. E-sukan merupakan platform yang berkesan bagi mengembangkan dan melatih kemampuan mental dan sensorimotor terutamanya dalam koordinasi anggota tubuh badan manusia. Dalam pelaksanaan aktiviti e-sukan, terdapat pelbagai persepsi negatif dalam pemikiran masyarakat walaupun hakikatnya banyak kelebihan dan kesan positif daripada aktiviti e-sukan. Isu-isu berkaitan e-sukan perlu dianalisis dan dinilai dengan teliti menurut pelbagai perspektif termasuk perspektif hukum syarak. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep e-sukan secara komprehensif dan holistik agar pelaksanaan e-sukan menepati konsep dan tujuannya yang sebenar. Persepsi negatif masyarakat terhadap e-sukan perlu dinilai secara adil dan menyeluruh agar tidak menjadi polemik yang berterusan. Seterusnya kajian ini menganalisis e-sukan daripada perspektif hukum Islam dan pematuhan kepada piawaian syarak. Metode kualitatif dilaksanakan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah pengumpulan data dan analisis data. Metode pengumpulan data dilakukan melalui penyelidikan perpustakaan. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan metode induktif, deduktif dan komparatif untuk mendapatkan hasil kajian yang menyeluruh. Hasil kajian mendapati bahawa e-sukan merupakan satu aktiviti yang positif kepada masyarakat serta mempunyai banyak kelebihan tersendiri, manakala elemen negatif yang terdapat dalam e-sukan perlu dikenalpasti dan dimurnikan agar ia bermanfaat kepada semua.