FALSAFAH DAN KONSEP SASTERA ISLAM MENGIKUT SIDEK BABA

Authors

  • Adli Yaacob Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  • Farah Syafiqah Mohd Fadzil Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Keywords:

Konsep Sastera Islam, Sejarah Kemunculan Sastera, Sastera, Persuratan Islam, Karya, Pemikiran

Abstract

Profesor Datuk Dr. Sidek Baba merupakan seorang ilmuwan yang intelektual dan berwibawa. Beliau pernah menghasilkan kertas kerja mengenai kesusasteraan dan persuratan Islam semasa menuntut pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1985. Di dalam kajiannya, beliau menekankan konsep kesusasteraan dan persuratan
Islam dengan mendatangkan perbahasan perbezaan penggunaan keduanya. Kajian yang telah dilakukan Sidek Baba sangat berkait rapat dengan mauduk kajian ini, iaitu tentang perbahasan konsep sastera Islam menurut pandangan dan komentar Sidek Baba. Kajian ini menjelaskan tentang asal-usul adab dan persuratan Islam serta bagaimana sejarah tercetusnya idea kesusasteraan Islam di dunia Arab dan tanah Melayu. Seterusnya kajian ini dikukuhkan lagi dengan bagaimana penerimaan Sidek Baba terhadap karya dan seni daripada Muslim dan bukan Muslim dengan mendatangkan hujah dan pendapat konkrit beliau tentang syarat-syarat menerima dan mengamalkan kandungan sesuatu karya kerana baginya dunia penulisan karya adalah medan dakwah secara tidak sedar bagi seseorang penulis, untuk itu penulis yang sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang syumul akan menghasilkan karya Islam yang bermoral sekali gus mengangkat darjat dan nilai Islam ke seluruh pelosok dunia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-03-31

How to Cite

Adli Yaacob, & Farah Syafiqah Mohd Fadzil. (2022). FALSAFAH DAN KONSEP SASTERA ISLAM MENGIKUT SIDEK BABA. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 4(10), 46–54. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/108