PERANAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK) SEBAGAI PENGGUBAL DASAR STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) MASJID KETIKA PANDEMIK COVID 19

Authors

  • Mohamad Khadafi Hj Rofie Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Syahrina Abdullah Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Norazita Marina Abd Aziz Universiti Utara Malaysia (UUM)

Keywords:

Pengurusan Institusi Agama, Pandemik Covid 19, ‘Standard Operating Procedure’(SOP)

Abstract

Pengurusan institusi keagamaan yang efisien ketika pandemik Covid 19 adalah sangat penting dalam memastikan hal ibadah dan kegiatan seharian umat Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Objektif kertas kerja ini untuk membincangkan peranan pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dalam menggubal dasar ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) ketika bencana Covid 19. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan memfokuskan kepada peranan MAIK. Bagi mendapatkan data, kaedah temu bual dengan pihak MAIK telah dilaksanakan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pihak MAIK telah memainkan peranan yang besar dalam menggubal dasar SOP berkaitan ibadah umat Islam di negeri Kedah. Ketika pandemik Covid-19, MAIK berjaya menangani hal ehwal ibadah dan kegiatan umat Islam dengan baik dan berkesan. Justeru, penambahbaikan juga perlu dibuat agar pengurusan dasar SOP ketika wabak dapat diuruskan dengan lebih efisien dan cekap pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-12

How to Cite

Mohamad Khadafi Hj Rofie, Syahrina Abdullah, & Norazita Marina Abd Aziz. (2022). PERANAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK) SEBAGAI PENGGUBAL DASAR STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) MASJID KETIKA PANDEMIK COVID 19. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 4(12), 01–09. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/111