GELAGAT KEPATUHAN ZAKAT PERNIAGAAN DALAM KALANGAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DI WILAYAH PERSEKUTUAN
Keywords:
2023-03-07Abstract
Zakat jenis perniagaan merupakan penyumbang kedua tertinggi di WilayahPersekutuan, Kuala Lumpur. Namun, hasil kutipan zakat perniagaan masih memuaskan berbanding dengan jumlah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat kepatuhan zakat
perniagaan oleh pengusaha PKS. Teori Gelagat Terancang (TGT) digunakan dalam pembentukan rangka kerja kajian. 401 borang soal selidik telah dianalisa dengan menggunakan regresi berganda (multiple regression). Lima pemboleh ubah bebas mempengaruhi niat gelagat kepatuhan pembayar zakat perniagaan iaitu sikap, norma subjektif, persepsi terhadap agihan zakat, kredibiliti pusat zakat dan peranan amil zakat (R2 = 0.494). Daripada tiga pemboleh ubah tambahan terhadap TGT, hanya dua yang menunjukkan nilai hubungan regresi yang signifikan yang dinamakan sebagai kredibiliti pusat zakat dan peranan amil zakat. Sementara itu, pemboleh ubah kepuasan pelanggan menunjukkan regresi yang tidak signifikan terhadap niat gelagat kepatuhan pembayar zakat. Gelagat kepatuhan zakat turut dipengaruhi oleh niat gelagat kepatuhan pembayar zakat (R2 = 0.299). Secara keseluruhannya, enam pemboleh ubah memainkan peranan penting dalam aspek gelagat kepatuhan zakat perniagaan
dan terdapat tiga pemboleh ubah tambahan yang perlu diberi perhatian dalam kajian akan datang. Pihak berkuasa zakat seharusnya memberi perhatian khusus terhadap setiap keputusan kajian bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu kepatuhan zakat perniagaan PKS (Mikro) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.