PENDIDIKAN TAHFIZ STPM DI MALAYSIA: SATU SOROTAN RINGKAS

Authors

  • Mohd Yusri Ibrahim SMKA Kerian, Perak, Malaysia
  • Muhammad Rasid SMKA Kerian, Perak, Malaysia
  • Norazlinda Yaacob SMK Abu Bakar Al Baqir

Keywords:

Tahfiz, STPM, Spritual, Holistik

Abstract

Artikel ini membincangkan pembelajaran pendidikan tahfiz di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada subjek Tahfiz dalam program Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Ia menghuraikan sejarah pembelajaran tahfiz di Malaysia dan perkembangan  pendidikan tahfiz yang mengintegrasikan ilmu agama dan ilmu kemanusiaan. Pendedahan kepada mata pelajaran Tahfiz STPM memberikan peluang kepada pelajar untuk menyelami ilmu agama Islam secara lebih mendalam di samping pembelajaran akademik konvensional. Selain itu, artikel ini membincangkan kesan positif pendidikan Tahfiz STPM terhadap pelajar dan masyarakat. Pengenalan subjek Tahfiz STPM membolehkan pelajar dapat mengintegrasikan ilmu agama dengan ilmu kemanusiaan, membentuk individu holistik yang cemerlang dari segi akademik dan spiritual. Oleh kerana itu,  penulisan ini menumpukan kajian berbentuk kualitatif dengan menekankan tumpuan kajian mengenai sejarah  pendidikan Tahfiz STPM di Malaysia dan kesan positif yang daripada hafazan Al-Quran dan pemahaman nilai-nilai  Islam dalam  pengembangan minda dan spiritual pelajar. Hasilan artikel ini dapat memberikan satu penyataan bahawa  pendidikan Tahfiz STPM membawa kesan positif kepada pembentukan generasi yang beriman, berakhlak, dan berilmu dengan  ilmu agama dan akademik. Kesimpulannya, pendidikan Tahfiz STPM berperanan penting dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang harmoni dan bermoral di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-20

How to Cite

Mohd Yusri Ibrahim, Muhammad Rasid, & Norazlinda Yaacob. (2024). PENDIDIKAN TAHFIZ STPM DI MALAYSIA: SATU SOROTAN RINGKAS. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 6(16). Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/283