APLIKASI KONSEP KEJUJURAN DALAM AL-IJARAH THUMMA AL-BAI’ (AITAB) DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA
Abstract
Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB) merupakan suatu inovasi dalam kewangan Islam dan telah muncul sebagai suatu kaedah pembiayaan yang popular di institusi perbankan Islam di Malaysia. Pelaksanaan AITAB di Malaysia mestilah mematuhi konsep kejujuran yang merupakan prinsip penting dalam dalam konteks muamalat. Elemen kejujuran memainkan peranan penting untuk membendung amalan yang tidak sihat dan memastikan pihak-pihak yang berkontrak tidak teraniaya. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah konsep kejujuran diaplikasikan dalam pembiayaan berasaskan AITAB di institusi perbankan Islam. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif. Data-data diperolehi dengan menggunakan kaedah analisis-kandungan melalui kajian keperpustakaan serta analisis dokumen dengan menganalisis dokumen perjanjian AITAB. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan AITAB di institusi perbankan Islam di Malaysia mengaplikasikan konsep kejujuran melalui pendedahan maklumat material berkaitan pembiayaan AITAB. Namun terdapat penambahbaikan yang dicadangkan bagi menambahbaik aplikasi konsep kejujuran dalam pembiayaan berasaskan AITAB di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Hakimah Muhammad Zin, Akmaliza Abdullah, & Mohd Ariffin Ali. (2024). APLIKASI KONSEP KEJUJURAN DALAM AL-IJARAH THUMMA AL-BAI’ (AITAB) DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 5(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/4112
Issue
Section
Articles