PERANAN DAN SUMBANGAN DATUK HAJI MOHAMMAD BIN HASHIM AL-HAFIZ DALAM BIDANG AL-QURAN DI NEGERI MELAKA

Authors

  • Norsyida Md Zin Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohamad Marzuqi Abdul Rahim Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Abd Hadi Borham Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Datuk Mohammad Hashim, Tokoh, Peranan, Sumbangan, Bidang Tahfiz al-Quran

Abstract

Ketokohan Datuk Haji Mohammad bin Haji Hashim al-Hafiz dalam bidang pengajian al-Quran tidak dapat dinafikan lagi. Khidmat beliau sebagai Imam Besar Masjid al-Azim Masjid Negeri Melaka bermula dari tahun 2002 hingga kini. Objektif kajian ini adalah bertujuan memperkenalkan Datuk Haji Mohammad bin Haji Hashim al-Hafiz dengan memaparkan sejarah dan latar belakang pendidikan al-Quran beliau bermula daripada mula mempelajari ilmu al-Quran, menghafaz al-Quran sehingga kepada perkembangan kerjaya beliau. Kajian ini turut bertujuan menganalisis peranan dan sumbangan beliau dalam memperkasa bidang al-Quran di negeri Melaka. Penulis menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan metode temu bual mendalam di antara penulis dengan tokoh dalam beberapa sesi perjumpaan dan metode analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati bahawa Datuk Haji Mohammad bin Haji Hashim al-Hafiz merupakan tokoh al-Quran yang sangat berjasa dan sangat menitik beratkan pendidikan al-Quran dalam semua lapisan masyarakat. Beliau telah mencadangkan pelaksanaan program ithbat al-Quran bagi memartabatkan golongan huffaz di samping menganjurkan beberapa aktiviti yang mampu menarik minat masyarakat untuk datang mengimarahkan masjid.  Sumbangan besar beliau dalam memartabatkan bidang al-Quran melayakkan beliau menerima beberapa pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Melaka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-19

How to Cite

Norsyida Md Zin, Mohamad Marzuqi Abdul Rahim, & Abd Hadi Borham. (2024). PERANAN DAN SUMBANGAN DATUK HAJI MOHAMMAD BIN HASHIM AL-HAFIZ DALAM BIDANG AL-QURAN DI NEGERI MELAKA. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 6(17). Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/4154