AMALAN TOLERANSI BERAGAMA MENURUT MAQASID SYARIAH
Keywords:
Maqasid Syariah, Toleransi, Elemen, Konteks, AplikasiAbstract
Amalan toleransi antara agama merupakan persoalan yang masih menjadi kontroversi dalam dunia Islam kerana hubungkaitnya dengan persoalan liberalisme dan pluralisme. Toleransi di antara agama adalah elemen yang penting dan berkesan dalam keperluan memenuhi kehendak agama dan jiwa selaras dengan pendekatan maqasid syariah. Kajian yang dijalankan ini merupakan kaedah penyelidikan kualitatif yang digunakan sebagai satu pendekatan kajian perpustakaan. menfokuskan kepada pengertian toleransi antara agama dari segi pengamalan dan juga kaedah-kaedah pendekatan pengamalan toleransi dalam Islam yang diamalkan dari dahulu sehingga sekarang. Sehubungan dengan itu,penghuraian maqasid syariah dari segi pengertian dan pendekatan yang digunakan oleh sarjana Islam terdahulu juga semasa dalam menangani permasalahan permikiran fiqh kontemporari ini dimuatkan. Dapatan kajian juga dapat memperkembangkan lagi pengetahuan sedia ada khasnya pemikiran fiqh kontemporari dalam maqasid syariah dan batasan toleransi antara agama. Hasil kajian dapat menambah pengetahuan baru mengenai maqasid syariah dan aplikasinya dalam kehidupan masyarakat