MAQASID Al- SHARIAH: SEJARAH PERKEMBANGAN SERTA SUMBANGAN PARA ULAMA USUL AL-FIQH AWALIN DAN MUTA’AKHIRIN

Authors

  • Mohd Yusri Bin Ibrahim Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Keywords:

Maqasid Syariah, Taqlid, Qat'i, Aplikasi, Ijtihad

Abstract

Artikel ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai sejarah kewujudan maqasid syariah yang bermula dari zaman Nabi Muhamad sehingga ke zaman kontemporari. Kefahaman mengenai maqasid al-shariah adalah pra syarat penting untuk seseorang berijtihad dan memberi kefahaman masyarakat daripada taqlid . Artikel ini juga melihat bagaimana konsep ini diimplementasikan oleh Nabi Muhammad S.A.W khasnya dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran yang melibatkan ayat-ayat hukum sama ada bersifat hukum qat’i atau dhoni dalam permasalahan baru yang tiada nas qat’i akibat peredaran zaman dan perkembangan semasa. Oleh kerana itu , penulisan ini menumpukan kajian berbentuk kualitatif dengan menekankan tumpuan kajian mengenai pendekatan konsep maqasid al-shariah ini dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia dari segi konsep pengamalan dan pendekatannya dalam hukum-hukum fiqh kontemporari. Hasilan kertas kerja ini dapat memberikan satu kefahaman yang jelas dan mantap dalam penghuraian maqasid al-shariah melihat dari konteks sejarah, aplikasi dari era Nabi Muhammad sehingga ke zaman kontemporari tentang keperluan penggunaan ijtihad yang perlu dihidupkan semula dalam menangani permasalahan taqlid yang membelenggu umat Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-10

How to Cite

Mohd Yusri Bin Ibrahim. (2019). MAQASID Al- SHARIAH: SEJARAH PERKEMBANGAN SERTA SUMBANGAN PARA ULAMA USUL AL-FIQH AWALIN DAN MUTA’AKHIRIN. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 1(2), 18–30. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/68