MAQASID SYARIAH DAN APLIKASINYA DALAM BERMUAMALAH ANTARA MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM
Keywords:
Maqasid Syariah, Dinamik, Mekanisme, Muamalah, Golongan Bukan IslamAbstract
Maqasid syariah amat dinamik dalam mengatur kehidupan bermasyarakat antara satu sama lain. Realiti kepelbagaian agama, bangsa dan suku memerlukan satu mekanisme yang dapat melindungi kesemua golongan sama ada yang muslim mahupun bukan muslim. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan maqasid syariah yang menjadi prinsip dalam bermuamalah antara manusia. Juga mendedahkan golongan bukan Islam yang menjalankan kehidupan di Malaysia, sehingga boleh mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan bersatu. Kajian ini adalah berdasarkan kepada analisis kajian daripada rujukan yang bersifat
deskriptif. Data yang diperoleh adalah bersumberkan data primer, iaitu al-Quran dan hadith. Juga data sekunder seperti jurnal, artikel, buku dan juga laman web dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa maqasid syariah menjadi rujukan dalam bermuamalah antara sesama manusia