DAKWAH TERHADAP GOLONGAN REMAJA: SATU KAEDAH PENDEKATAN

Authors

  • Mohd Zaid Ismail Politeknik Sultan Azlan Shah
  • Mohd Nor Adli Osman Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah

Keywords:

Remaja, Dakwah, Psikologi

Abstract

Golongan remaja adalah golongan yang sedang mengalami perkembangan dan peralihan pemikiran dari kanak-kanak ke alam dewasa. Dalam tempoh perkembangan ini, para pendakwah perlu menerapkan kaedah pendekatan dakwah yang sesuai dengan golongan ini. Untuk memastikan dakwah yang digunakan menepati kehendak sasaran, pemilihan kepada pendekatan psikologi dakwah yang sesuai amat diperlukan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan memahami pendekataan dakwah kepada golongan remaja, agar tujuan dakwah pada golongan ini berkesan. Selain itu, dapat mengetahui juga asas pendekatan dakwah yang telah diajarkan di dalam al-Quran. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif berbentuk menganalisis dokumen yang berkaitan. Hasil kajian ini mendapati, terdapat empat pendekatan yang perlu dilakukan oleh para pendakwah ketika mendekati golongan remaja. Keempat-empat pendekatan tersebut adalah sangat terkait rapat dengan elemen psikologi pada diri remaja. Justeru, ilmu ini mempunyai kepentingan yang perlu dizahirkan supaya para pendakwah tidak menyamaratakan pendekataan dakwah antara golongan remaja dengan golongan yang sudah berusia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-10

How to Cite

Mohd Zaid Ismail, & Mohd Nor Adli Osman. (2019). DAKWAH TERHADAP GOLONGAN REMAJA: SATU KAEDAH PENDEKATAN. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 1(2), 40–45. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/70