KAEDAH PENGAJARAN SOLAT PROGRAM BIMBINGAN MUALLAF DI PUSAT BIMBINGAN DAN LATIHAN SAUDARA BARU (PUSBA)

Authors

  • Syahrul Faizaz Abdullah Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Afifah Abu Yazid Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Syahrina Abdullah Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Armanurah Mohamad Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Noor Asma Jamaluddin Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Saudah Ahmad Universiti Utara Malaysia (UUM)

Keywords:

Fardhu Ain, Model Cipp, Muallaf, Kaedah Pengajaran Solat

Abstract

Di Negeri Kedah Darul Aman, usaha membimbing muallaf dilaksanakan secara rasminya oleh Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah. PUSBA telah menyediakan kelas bimbingan tentang asas fardhu ain sebagai usaha untuk memastikan mereka dapat mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan terus kekal dalam Islam. Walau bagaimanapun, timbul persoalan adakah bimbingan yang dilaksanakan ini dapat membantu menambahkan pengetahuan dan penghayatan muallaf tentang asas-asas agama Islam? Oleh itu, kertas kerja ini akan menganalisis salah satu daripada aspek tersebut iaitu dari segi kaedah bimbingan solat. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP (Context, Input, Process, Product) yang memfokuskan kepadapenilaian proses iaitu penerokaan pelaksanaan pengajaran solat dalam kalangan muallaf di PUSBA. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual bersemuka. Hasil analisis mendapati terdapat dua bentuk program bimbingan, iaitu secara bulanan yang dilaksana selama empat bulan di PUSBA, dan satu lagi berbentuk mingguan yang dibuka kepada muallaf yang tidak dapat mengikuti program bulanan. Kaedah pengajaran bimbingan solat pula dilaksanakan dalam bentuk kuliah, demonstrasi, amali, soal-jawab dan kaedah mengikut tahap dan kemampuan pelatih. Kajian ini mencadangkan agar kajian yang lebih mendalam dijalankan terhadap proses pengajaran untuk lebih memahami proses pengajaran yang dilaksanakan. Justeru itu, input tambahan yang diperoleh daripada boleh memantapkan lagi proses pengajaran di PUSBA.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-03-13

How to Cite

Syahrul Faizaz Abdullah, Afifah Abu Yazid, Syahrina Abdullah, Armanurah Mohamad, Noor Asma Jamaluddin, & Saudah Ahmad. (2020). KAEDAH PENGAJARAN SOLAT PROGRAM BIMBINGAN MUALLAF DI PUSAT BIMBINGAN DAN LATIHAN SAUDARA BARU (PUSBA). INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 2(3), 32–40. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/75