KREDIBILITI WAKAF DALAM MENANGANI ISU PEMBIAYAAN PENGAJIAN TINGGI

Authors

  • Dr Hjh Mas Nooraini Hj Mohiddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Keywords:

Kredibiliti, Wakaf, Pendidikan Tinggi

Abstract

Permohonan pelajar bagi kemasukan pengajian peringkat pengajian Tinggi adalah semakin meningkat dari setahun ke setahun. Bertambahnya bilangan tersebut mengakibatkan kos pembiayaan juga turut sama meningkat bagi menyediakan keperluan fasiliti, tenaga sumber manusia dan sebagainya. Pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan tidak akan berpeluang untuk mencapai impiannya di sebabkan kesempitan kos pembiayaan. Isu kekurangan pembiayaan untuk pendidikan tinggi bukanlah masalah baharu bahkan ia menjadi isu amat ketara masa kini. Negara Brunei Darussalam boleh dikatakan bernasib baik kerana Kerajaan masih menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat tempatan yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Walau bagaimana pun, sejak kebelakangan ini, mulai kedengaran keluhan dari ibu bapa mengenai kos pengajian yang semakin meningkat. Tidak mustahil kes yang sama berlaku di luar negara akan mula melanda Brunei jika tidak difikirkan dari sekarang cara alternatif untuk mengatasinya. Justeru, kajian ini di jalankan bagi mengenal pasti sejauh mana kredibiliti institut wakaf dalam menangani isu pembiayaan pengajian Tinggi serta cabaran yang di hadapi. Metodologi penyelidikan yang diguna pakai adalah secara kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal, kertas kerja dan artikel yang berkaitan. Sumbangan wakaf dalam mengatasi isu pembiayaan Pengajian Tinggi adalah amat signifikan dan patut di kembangkan dan diperluaskan bagi pembangunan pendidikan tinggi sebagai agen pembangunan ummah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-10

How to Cite

Dr Hjh Mas Nooraini Hj Mohiddin. (2020). KREDIBILITI WAKAF DALAM MENANGANI ISU PEMBIAYAAN PENGAJIAN TINGGI. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 2(4), 09–21. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/79