FAKTOR PENENTU PENGGUNAAN KEMUDAHAN SKIM AR-RAHNU DALAM KALANGAN USAHAWAN WANITA

Authors

  • Hallieyana Sha’ari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Hamid Auni Lukman

Keywords:

Usahawan Wanita, Ar-Rahnu, Sikap, Perkhidmatan Pelanggan dan Lokasi

Abstract

Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan atau perniagaan bukanlah sesuatu perkara yang asing dan baru pada hari ini. Seiring dengan perkembangan teknologi, ekonomi dan dunia global, usahawan wanita turut memperlihatkan peningkatan dari segi bilangan malah berjaya setanding dengan usahawan lelaki. Peribahasa yang sinonim dengan wanita sejak bertahun lama “Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia” sangat sesuai digunakan bagi mempamerkan kehebatan usahwan wanita pada masa kini. Namun, kekangan kewangan yang dihadapi dalam menjalankan perniagaan sedikit sebanyak memberi kesan kepada usahawan wanita kerana bukan semua usahawan wanita mempunyai modal yang cukup. Bantuan kewangan yang disediakan tidak mampu membiayai hampir kesemua usahawan wanita ini. Hal ini membawa kepada ramai usahawan wanita menggunakan alternatif lain seperti kemudahan Ar-Rahnu dalam usaha mendapatkan pembiayaan. Kertas Konsep ini diwujudkan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan skim Ar-Rahnu dalam kalangan usahawan wanita. Antara faktor-faktor yang difokuskan dalam penggunaan skim Ar-Rahnu di kalangan usahawan wanita ialah sikap, perkhidmatan pelanggan, serta lokasi pengendali Ar-Rahnu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-10

How to Cite

Hallieyana Sha’ari, & Hamid Auni Lukman. (2020). FAKTOR PENENTU PENGGUNAAN KEMUDAHAN SKIM AR-RAHNU DALAM KALANGAN USAHAWAN WANITA. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 2(4), 35–42. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/81