ALLAHYARHAM HASAN BIN MAT SAMAN: TOKOH ULAMA KELANTAN

Authors

  • Ahmad Mujahideen bin Haji Yusoff Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Huzaini bin Hashim Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Abdullah bin Awang Kechik Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Mohd Zaki bin Che Deraman Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Keywords:

Ulama, Kelantan, Hasan bin Mat Saman

Abstract

Kemunculan para ulama dianggap sebagai penyambung kepada kesinambungan keilmuan di alam Melayu. Di Pondok Lati, Pasir Mas, Kelantan telah menetap seorang ulama hebat dan insan yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri iaitu Allahyarham Hasan bin Mat Saman atau lebih masyhur dengan panggilan Pak Chu Hasan Tok Wali. Namun begitu, perihal tokoh ulama ini kurang diketahui umum kerana tidak banyak kajian berkaitan dengan beliau dilakukan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang tokoh ulama ini agar lebih dikenali ramai. Artikel ini berbentuk kualitatif sepenuhnya yang menggunakan metode pengumpulan data dan penganalisaan data yang melibatkan kaedah kepustakaan dan temu bual. Artikel ini menjelaskan bahawa Allahyarham Hasan bin Mat Saman atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Chu Hasan merupakan seorang tokoh ulama Melayu yang mempunyai karamah yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan yang mendapat pendidikan daripada Pondok Lati dan Pondok Lubuk Tapah. Beliau menyebarkan ilmu agama di Kelantan dan di Selatan Thai serta banyak memberikan khidmat kepada masyarakat khasnya dalam perubatan Islam dan pernah berkecimpung dalam arena politik dengan menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 1982.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-15

How to Cite

Ahmad Mujahideen bin Haji Yusoff, Huzaini bin Hashim, Abdullah bin Awang Kechik, & Mohd Zaki bin Che Deraman. (2020). ALLAHYARHAM HASAN BIN MAT SAMAN: TOKOH ULAMA KELANTAN. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 2(4), 104–113. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/86