PENGIRAAN JARAK KE DINDING LANGIT PERTAMA BERDASARKAN ISYARAT-ISYARAT DARI AL-QURAN DAN HADIS
Keywords:
Jarak Alam Semesta, Halaju Malaikat, Al Quran dan HadisAbstract
Jarak dari bumi ke tebing mahupun dinding alam semesta adalah suatu kajian yang dibuat oleh ramai saintis terutamanya dari bidang astrofizik. Antara kajian terkini iaitu kajian pasukan yang diketuai Profesor Mihran Vardayan di Universiti Oxford pada tahun 2011.Kajian mereka mendapati saiz alam semesta adalah sekurang-kurangnya 267 kali lebih besar dari ‘hubble volume’ pengukuran oleh Teleskop Angkasa Hubble NASA. Pada ketika itu satelit planck mampu mengesan jarak sejauh 13.8 bilion tahun cahaya. Ini bermakna dalam kajian tersebut jarak ke dinding alam semesta ialah 3.68 trilion tahun cahaya. Kajian paling terkini dibuat oleh Profesor Eithan Siegal dari Universiti Florida,USA mendapati jarak ke dinding alam semesta adalah 11.6 trilion cahaya . Kajian kami adalah pengiraan jarak ke dinding alam semesta berdasarkan lunas-lunas Al-quran dan hadis. Hasil dapatan kajian kami dibandingkan dengan kajian-kajian tersebut dan semakan jarak berdasarkan perimeter masa dari peristiwa israk mikraj.