KONSEP SYUBHAH DALAM PEMAKANAN: KAJIAN PERSPEKTIF PENERIMA ANUGERAH KELUARGA MITHALI (AKM) PERINGKAT KEBANGSAAN

Authors

  • Khairudin Shaary Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Mohammad Amir Wan Harun Universiti Sains Malaysia (USM)

Keywords:

Konsep, Syubhah, Pemakanan, Keluarga Mithali, Peringkat Kebangsaan

Abstract

Syubhah merupakan satu skop hukum yang disebutkan secara jelas dalam hadis Nabi SAW. Hal ini memberikan ilmplikasi negatif kepada Konsep Pemakanan Halalan Toyyiban (KPHT) yang menjadi indikator dalam Al-Quran. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji konsep syubhah berdasarkan perspektif penerima Anugerah Keluarga Mithali (AKM). Kajian ini mengadaptasi metod kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual secara Focus Group Discussion (FGD) untuk mengumpulkan data. Analisis data-data temu bual diproses dengan bantuan Non numerical Unstructured Data Indexing Searching and Theorizing (NUD.IST) atau dikenali dengan QSR NVivo versi 10. Responden kajian merupakan pemenang Anugerah Keluarga Mithali (AKM) peringkat kebangsaan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hasil kajian ini dapat membina tema utama yang menunjukkan bahawa, penerima AKM mengambil sikap berhati-hati terhadap perkara syubhah. Dalam pada itu, dua sub tema yang lain berjaya dikategorikan di bawah tema utama iaitu pertamanya, syubhah dalam pendapatan dan keduanya syubhah terhadap ‘ain (fizikal) makanan yang hendak diambil. Hasil kajian ini dapat menyumbang kepada pembinaan garis panduan pemakanan halalan toyyiban keluarga muslim khususnya di Malaysia. Kajian-kajian rentetan wajar dijalankan untuk menambah baik kajian ini dengan memfokuskan konsep syubhah kepada skop responden yang berbeza.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-10

How to Cite

Khairudin Shaary, & Mohammad Amir Wan Harun. (2021). KONSEP SYUBHAH DALAM PEMAKANAN: KAJIAN PERSPEKTIF PENERIMA ANUGERAH KELUARGA MITHALI (AKM) PERINGKAT KEBANGSAAN. INTERNATIONAL RESEARCH JOURNAL OF SHARIAH, MUAMALAT AND ISLAM (IRJSMI), 3(6), 26–37. Retrieved from https://gaexcellence.com/irjsmi/article/view/92