EKSPLORASI FAKTOR KEBERKESANAN PERINGATAN PERSUASIF TERHADAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM SISTEM PEMBELAJARAN TERBUKA

Authors

  • Mohamad Hidir Mhd Salim Institut IR4.0, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Nazlena Mohamad Ali Institut IR4.0, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Hasanah Abd. Khafidz Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Situasi pandemik global yang melanda dunia memerlukan institusi pengajian tinggi di Malaysia mengubah kaedah pembelajaran dan pengajaran daripada bersemuka kepada atas talian secara drastik. Salah satu sistem e-pembelajaran yang digunakan di Malaysia ialah sistem Pembelajaran Terbuka (PT) yang berkonsepkan Massive Open Online Courses (MOOCs). Kajian terdahulu menyatakan tahap penglibatan pelajar dalam penggunaan sistem e-pembelajaran berkonsepkan MOOC ini adalah rendah. Pembelajaran berasaskan teknologi persuasif berpotensi meningkatkan keberkesanan penglibatan pelajar kerana berlaku intervensi prinsip reka bentuk persuasif yang diambil kira dalam pembangunan sistem e-pembelajaran bagi menfokuskan kepada perubahan sikap pelajar. Antara prinsip reka bentuk persuasif penting dalam e-pembelajaran menurut Model Pembangunan Reka Bentuk Persuasif adalah elemen rangsangan dalam bentuk peringatan. Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan faktor keberkesanan prinsip peringatan persuasif bagi pembelajaran yang menggunakan sistem PT. Prinsip peringatan persuasif yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis heuristik dan sistematik berbentuk emel. Seramai 57 pelajar dari subjek Jihad Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah dari Fakulti Pengajian Islam, UKM terlibat sebagai responden dalam penilaian pengguna. Hasil dapatan mendapati terdapat peningkatan lebih 80 peratus dalam bilangan lihat (views). Responden juga ditemubual bagi mendapatkan respon berkaitan email peringatan persuasif yang digunakan. Hasil dapatan temubual mendapati, gabungan elemen email peringatan heuristik dan sistematik mengubah sikap pelajar terhadap penggunaan sistem PT khusus dalam subjek Jihat Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohamad Hidir Mhd Salim, Nazlena Mohamad Ali, & Hasanah Abd. Khafidz. (2024). EKSPLORASI FAKTOR KEBERKESANAN PERINGATAN PERSUASIF TERHADAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM SISTEM PEMBELAJARAN TERBUKA. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2669