KECENDERUNGAN MASYARAKAT BERBELANJA BAGI MEMPEROLEH MAKANAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Ely Salwana Mat Surin Institute of IR4.0, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Faiz Affandi Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Lutfi Azlan Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Antara persoalan sejagat yang meruncing, terutama dari segi jaminan bekalan makanan telah berlaku semasa pandemik Covid-19. Satu kajian berkenaan kecenderungan masyarakat di Malaysia dalam berbelanja bagi memperoleh makanan semasa pandemik COVID-19 telah dijalankan. Penelitian dilakukan bagi menilai permasalahan kajian terhadap tahap kesedaran masyarakat terhadap perbelanjaan untuk mendapatkan makanan semasa musim pandemik. Ini dilakukan bagi untuk mengenal pasti faktor-faktor kecenderungan masyarakat dalam berbelanja bagi memperoleh makanan, menganalisis tahap keterlibatan dan minat masyarakat bagi mendapatkan makanan dan menilai tahap anggaran perbelanjaan mingguan masyarakat bandar bagi mendapatkan makanan. Ketiga-tiga perkara ini merupakan objektif-objektif bagi kajian ini. Pengumpulan data kajian dilakukan menggunakan kaedah tinjauan (survey). Secara ringkasnya, kami melakukan transformasi data bagi mempermudah proses visualisasi data sebagai kaedah menyediakan data dalam bentuk yang mudah difahami. Analisis kajian yang digunakan pula ialah analisis deskriptif dan analisis penakbiran (inferens). Data dipersembahkan dalam bentuk visualisasi carta bar, plot histogram dan plot bersepah untuk memudahkan hasil dapatan difahami. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan masyarakat kini hanya fokuskan perbelanjaan mereka terhadap barang keperluan sahaja seperti makanan. Mereka tidak berbelanja secara mewah semasa pandemic dan hanya berbelanja sekadar untuk memenuhi keperluan wajib.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ely Salwana Mat Surin, Muhammad Faiz Affandi, & Ahmad Lutfi Azlan. (2024). KECENDERUNGAN MASYARAKAT BERBELANJA BAGI MEMPEROLEH MAKANAN SEMASA PANDEMIK COVID-19. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2675