PENGESAHAN FAKTOR MOTIVASI DAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGGUNAAN SISTEM PEMBELAJARAN TERBUKA

Authors

  • Mohamad Hidir Mhd Salim Institut Informatik Visual, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Nazlena Mohamad Ali Institut Informatik Visual, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Mohamad Syahmi Shahril Institut Informatik Visual, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Nur Farahin Mohd Johari Institut Informatik Visual, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Usaha melaksanakan konsep pembelajaran dalam talian besar-besaran atau Massive Open Online Courses (MOOCs) bermula di Malaysia sejak tahun 2013. Sistem e-pembelajaran berkonsepkan MOOCs yang digunakan di Malaysia ialah sistem Pembelajaran Terbuka (PT) atau Open Learning. Pedagogi sistem e-pembelajaran berkonsepkan MOOCs berbeza dengan sistem e-pembelajaran tradisional kerana pelajar lebih berdikari dalam pembelajaran mereka berikutan nisbah pensyarah-pelajar yang sangat besar yang memerlukan pelajar untuk menguasai strategi pembelajaran kendiri. Terdapat kajian-kajian yang melaporkan peningkatan kadar keciciran terhadap penggunaan sistem e-pembelajaran berkonsepkan MOOCs adalah tinggi khususnya menjelang akhir kursus. Oleh kerana populasi pengguna sistem e-pembelajaran berkonsepkan MOOCs adalah heterogen dan mereka mendaftar dengan niat yang berbeza, motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana sikap pelajar terhadap penggunaan sistem e-pembelajaran tersebut. Selain itu, terdapat kajian lepas yang menyatakan peraturan kendiri adalah bersifat tidak tetap namun dapat dipengaruhi ketika proses pembelajaran berlangsung dan boleh dilatih menggunakan strategi pembelajaran yang bersesuaian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membincangkan pengesahan pakar bagi faktor motivasi dan strategi pembelajaran yang memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar dalam penggunaan sistem PT. Faktor yang terlibat ialah: 1) Masa dan persekitaran pembelajaran; 2) Peraturan kendiri metakognitif; 3) Pemikiran kritikal dan 4) Orientasi matlamat ekstrinsik. Secara keseluruhannya, pakar memberikan respon yang positif terhadap faktor yang dinyatakan. Namun terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan faktor yang digariskan dapat difahami dan diimplementasikan dengan sebaiknya dalam masa yang sama mampu memberi kesan kepada pelajar dan pencapaian akademik mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohamad Hidir Mhd Salim, Nazlena Mohamad Ali, Mohamad Syahmi Shahril, & Nur Farahin Mohd Johari. (2024). PENGESAHAN FAKTOR MOTIVASI DAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGGUNAAN SISTEM PEMBELAJARAN TERBUKA. JOURNAL INFORMATION AND TECHNOLOGY MANAGEMENT (JISTM), 8(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/jistm/article/view/2717