PERSONALITI OPTIMISTIK SEBAGAI FAKTOR PENENTU ADAPTASI SOSIO BUDAYA AKADEMIK EKSPATRIAT DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
Keywords:
Akademik Ekspatriat, Personaliti Optimistik, Adaptasi Sosio BudayaAbstract
Personaliti secara relatif merupakan keterampilan sedar (conscious) ataupun separuh sedar (subconscious) minda yang dizahirkan melalui tingkah laku individu. Penyelidikan kualitatif ini bersandarkan pendekatan kualitatif yang mengutilasikan kaedah temu bual mendalam ke atas 20 orang kakitangan dari empat universiti awam Malaysia berstatus antarabangsa. Tumpuan perbincangan kertas kerja ini adalah meneliti penyesuaian diri golongan ekspatriat mengikut kehendak organisasi negara tuan rumah dengan merujuk secara khusus personaliti optimistik dan sikap pro aktif sebagai penentu kejayaan sesuatu tugasan antarabangsa. Ciri-ciri personaliti yang dibincangkan antaranya adalah menghormati perbezaan budaya, bersikap mesra dengan masyarakat tempatan, sentiasa merendah diri dengan berfikiran terbuka, memperlihatkan fleksibiliti dalam perhubungan sosial, menunjukkan minat dan meningkatkan keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baru, mempunyai semangat dan keterujaan untuk menerokai dan mengembara, bersikap positif terhadap kepelbagaian adat resam dan pemikiran masyarakat tempatan, dan bertoleransi dalam setiap aspek yang boleh memberikan kebaikan kepada semua. Berdasarkan kepada dapatan kajian yang telah diperoleh oleh penyelidik, signifikasi personaliti dalam mempengaruhi proses adaptasi sosio budaya melangkaui pengaruh elemen pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan seseorang ekspatriat.