PERBEZAAN FAKTOR DEMOGRAFI KE ATAS SALURAN KOMUNIKASI PENYELIA DI PERINDUSTRIAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) SEKTOR PERKHIDMATAN DI MALAYSIA
Keywords:
Saluran Komunikasi, Penyelia, Komunikasi Organisasi, PKS, Sektor Perkhidmatan, DemografiAbstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan faktor-faktor demografi ke atas pemboleh ubah saluran komunikasi penyelia. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk pengumpulan data. Sampel kajian adalah seramai 418 responden yang terdiri daripada pekerja pelbagai peringkat pengurusan. Teknik analisis statistik yang digunakan adalah Ujian-t dan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan dari segi jantina terhadap saluran komunikasi penyelia. Manakala analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan dari segi kelayakan akademik terhadap saluran komunikasi penyelia. Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa pekerja lelaki dan wanita memberikan persepsi yang sama sahaja terhadap penggunaan saluran komunikasi penyelia dalam PKS sektor perkhidmatan. Namun begitu, responden yang mempunyai kelayakan akademik yang pelbagai memberikan persepsi yang berbeza terhadap penggunaan saluran komunikasi penyelia. Ini adalah disebabkan kerana pekerja yang mempunyai latar belakang kelayakan akademik berbeza bekerja di bahagian pengurusan yang berbeza menyebabkan persepsi mereka terhadap saluran komunikasi penyelia turut berbeza. Kesimpulannya, faktor demografi dilihat turut memberikan kesan terhadap saluran komunikasi penyelia di organisasi PKS sektor perkhidmatan ini kerana kecekapan penggunaan saluran komunikasi bukan sahaja membantu meningkatkan produktiviti, pengetahuan dan kemahiran pekerja malah membantu ke arah pencapaian prestasi organisasi serta mengekalkan kelebihan daya saing.