TAHAP KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN USAHAWAN PKS FELDA NEGERI SEMBILAN

Authors

  • Raihan Wajihah Mohamad Poad Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Norasmah Othman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keywords:

Kompetensi Keusahawanan, Usahawan Perniagaan Kecil Dan Sederhana, FELDA

Abstract

Dalam menghadapi cabaran kegawatan ekonomi yang kian mencabar semasa tempoh COVID-19 ini, kadar pertumbuhan ekonomi dicatatkan terendah berdasarkan perangkaan ekonomi 2020. Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengkaji tahap kompetensi keusahawanan dengan menggunakan model kompetensi keusahawanan iaitu kompetensi peluang, kompetensi organisasi, kompetensi hubungan, kompetensi strategi, kompetensi komitmen dan kompetensi konseptual untuk menjelaskan beberapa cara untuk meningkatkan kelangsungan hidup dan kejayaan perniagaan terutama dalam konteks PKS. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kaedah tinjauan menerusi pengedaran soal selidik. Populasi kajian adalah semua usahawan PKS yang berdaftar di bawah FELDA seluruh Malaysia. Seramai 309 orang responden telah dipilih dan pemilihan sampel melalui sampel rawak mudah. Data yang telah dikumpulkan kemudian dianalisis menggunakan skala likert 5 poin. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi keusahawanan dalam kalangan usahawan PKS FELDA berada pada tahap tinggi. Kajian ini menggambarkan usahawan PKS FELDA mempunyai kompetensi keusahawanan dan ini merupakan pendorong kepada kejayaan perniagaan mereka. Implikasi dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu usahawan PKS dalam mengekalkan kecekapan atau kemahiran dalam perniagaan. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan untuk membantu usahawan PKS dengan mengamalkan ciri ciri keusahawanan untuk menguruskan perniagaan bagi meningkatkan prestasi perniagaan untuk masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-01

How to Cite

Raihan Wajihah Mohamad Poad, & Norasmah Othman. (2021). TAHAP KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN USAHAWAN PKS FELDA NEGERI SEMBILAN. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 3(7), 24–39. Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/182