HUBUNGAN KOGNITIF, AFEKTIF DAN TINGKAH LAKU DENGAN KERJAYA KEUSAHAWANAN PELAJAR TAHUN AKHIR PRASISWAZAH

Authors

  • Ashlynzia Bantial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Radin Siti Aishah Radin A Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Keywords:

Sikap, Kognitif, Afektif, Tingkah Laku, Kerjaya Keusahawanan

Abstract

Kerjaya keusahawanan semakin berkembang luas dan amat sesuai untuk diceburi kerana boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun demikian, kajian menunjukkan kebanyakkan pelajar menganggap bahawa bidang keusahawanan ini tidak dapat memberikan jaminan masa depan yang cerah dan lebih rela untuk memilih bekerja makan gaji. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan sikap kognitif, afektif dan tingkah laku dengan pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun akhir prasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan melibatkan 336 pelajar tahun akhir prasiswazah dari kampus induk Bangi serta soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diadaptasi daripada pengkaji lepas. Data diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) 23.0 melibatkan analisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati tahap penerapan sikap kognitif, afektif, dan tingkah laku pelajar tahun akhir adalah sederhana serta tidak terdapat perbezaan pemilihan kerjaya keusahawanan diantara pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu, kajian turut mendapati terdapat hubungan yang kuat diantara sikap kognitif, afektif, dan tingkah laku dengan pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar tahun akhir prasiswazah. Kajian ini menunjukkan pelajar tahun akhir mempunyai kecenderungan pemilihan kerjaya keusahawanan yang yang sederhana dan boleh dipertingkatkan dengan penekanan kepada pembentukan sikap kognitif, afektif dan tingkah laku yang positif. Oleh itu, para pendidik keusahawanan perlu komited mendedahkan pelajar dengan aktiviti keusahawanan dan mengukuhkan pendidikan keusahawanan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-03-31

How to Cite

Ashlynzia Bantial, & Radin Siti Aishah Radin A Rahman. (2021). HUBUNGAN KOGNITIF, AFEKTIF DAN TINGKAH LAKU DENGAN KERJAYA KEUSAHAWANAN PELAJAR TAHUN AKHIR PRASISWAZAH. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 3(7), 120–134. Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/188