PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN KESEDARAN KEUSAHAWANAN TERHADAP PELUANG KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI KELANTAN

Authors

  • Wan Nurul Fatihah Wan Hamdi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sheerad Sahid Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Media Sosial, Kesedaran Keusahawanan, Peluang Keusahawanan, Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Abstract

Perkembangan pesat bidang teknologi terutamanya media sosial memberi manfaat dalam mengenal pasti peluang keusahawanan pelajar institusi pengajian tinggi.Pelajar yang mempunyai kesedaran keusahawanan yang tinggi lebih peka akan perubahan persekitaran yang mewujudkan peluang perniagaan baharu terutamanya perubahan dalam bidang teknologi. Namun, manfaat media sosial dalam mewujudkan peluang keusahawanan masih belum dilihat sebagai satu kelebihan oleh pelajar.Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap manfaat penggunaan media sosial,kesedaran dan peluang keusahawanan pelajar institusi pengajian tinggi seterusnya mengenal pasti hubungan antara kesedaran keusahawanan  dan manfaat penggunaan media sosial dengan peluang keusahawanan pelajar. Seramai 353 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri Kelantan terlibat dalam kajian ini yang berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 29. Hasil kajian menunjukkan tahap manfaat penggunaan media sosial bagi pelajar berada pada tahap yang tinggi manakala bagi tahap kesedaran keusahawanan dan peluang keusahawanan pelajar pula berada pada tahap sederhana tinggi.Manakala, terdapat hubungan positif  dan signifikan antara manfaat penggunaan media sosial dan kesedaran keusahawanan dengan peluang keusahawanan pelajar institusi pengajian tinggi. Oleh itu, langkah proaktif harus diambil oleh pihak institusi pengajian tinggi supaya menambah baik modul pendidikan keusahawanan bersesuaian dengan keperluan semasa agar pelajar lebih peka terhadap keusahawanan serta  menyedari bahawa penggunaan media sosial sebagai satu kelebihan dalam mewujudkan peluang perniagaan secara lebih terbuka dan secara global.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-11

How to Cite

Wan Nurul Fatihah Wan Hamdi, & Sheerad Sahid. (2024). PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN KESEDARAN KEUSAHAWANAN TERHADAP PELUANG KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI KELANTAN. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/225