CABARAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DALAM MENGUASAI MINDA KEUSAHAWANAN
Keywords:
Minda Keusahawanan, Kolej Komuniti, Cabaran, Kemahiran KeusahawananAbstract
Keusahawanan merupakan laluan baru bagi kelangsungan hidup manusia dan ekonomi semasa dimana daya saing ekonomi dan kesejahteraan individu bergantung kepada masyarakat yang berpendidikan. Matlamat Kolej Komuniti adalah untuk melahirkan individu berkemahiran, berminda usahawan dan mempunyai potensi diri menghadapi pelbagai cabaran. Namun demikian, pelajar Kolej Komuniti menghadapi cabaran dalam menguasai minda keusahawanan.Kertas kerja ini akan menyelidik cabaran utama yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai minda keusahawanan.Isu-isu seperti kurang pemahaman tentang keusahawanan,kurang sokongan dan sumber maklumat,ketakutan gagal dan kekurangan kemahiran keusahawanan turut dibincangkan. Kertas kerja ini turut meneliti tentang cadangan menanggani permasalahan pelajar kolej komuniti dalam menguasai minda keusahawanan dari segi persediaan pihak Kolej Komuniti yang melibatkan menyediakan program pembelajaran yang terarah dan praktikal,memperkenalkan mentor keusahawanan Kolej komuniti dan mewujudkan ruang kerja bersama untuk pelajar yang berminat dalam bidang keusahawanan.Manakala persediaan pelajar dari segi menguasi ilmu berkaitan keusahawanan.Akhir sekali, kertas kerja ini juga menggariskan keperluan untuk strategi pembangunan keusahawanan yang holistik dan bersepadu dalam meningkatkan pemahaman dan penguasaan minda keusahawanan di kalangan pelajar khususnya di Kolej Komuniti di Malaysia.