KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN EMK KEUSAHAWANAN DARI ASPEK PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN, PEDAGOGI DAN SIKAP

Authors

  • Asyraf Zainal Rashid Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norasmah Othman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

EMK Keusahawanan, Pengetahuan Isi Kandungan, Pedagogi, Sikap

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang terkandung dalam konsep kesepaduan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pada tahun 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengubahsuai kurikulum sekolah rendahnya dan memperkenalkan pendidikan keusahawanan ke dalam kurikulum baru secara merentas kurikulum. Elemen merentas kurikulum bukanlah sesuatu yang baru dalam pendidikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, kebanyakan guru di sekolah rendah tidak mengintegrasikan pendidikan ke dalam pengajaran mereka kerana mereka tidak bersedia melaksanakan EMK. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam melaksanakan EMK keusahawanan dari aspek pengetahuan isi kandungan, pedagogi dan sikap. Seramai 129 orang guru telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan bagi mendapatkan data daripada responden. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif yang melibatkan skor min dan sisihan piawai. Perisian Statistical Package Social Science versi 25 digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data. Hasil kajian ini mendapati kesediaan guru dalam melaksanakan EMK keusahawanan dari aspek pengetahuan isi kandungan serta sikap berada pada tahap sederhana. Manakala tahap kesediaan guru dalam melaksanakan EMK keusahawanan dari aspek pengetahuan pedagogi berada pada tahap tinggi. Ini bermakna guru mempunyai kesediaan dari aspek pengetahuan dalam melaksanakan EMK namun kurang bersedia dari segi sikap dan isi kandungan EMK. Justeru, hasil kajian ini mengambarkan akan perlunya penambahbaikan dari aspek kesediaan guru. Guru-guru perlu diberikan latihan atau agar pengetahuan berkaitan isi kandungan EMK keusahawanan dan pedagogi guru dapat dipertingkatkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-11

How to Cite

Asyraf Zainal Rashid, & Norasmah Othman. (2024). KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN EMK KEUSAHAWANAN DARI ASPEK PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN, PEDAGOGI DAN SIKAP. ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 6(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/227